


1. Had Pembelian
- Setiap transaksi dibenarkan membeli maksimum 8 tiket sahaja.
2. Pengeluaran Tiket
- Semua tiket dijual secara dalam talian dan dikeluarkan secara elektronik.
- E‑tiket akan dihantar ke alamat emel yang diberikan semasa pembelian.
3. Ketersediaan
- Tiket dijual berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat, tertakluk kepada ketersediaan.
4. Polisi Kanak-kanak
- Kanak-kanak berumur bawah 6 tahun tidak dibenarkan masuk sama sekali.
5. Polisi Jualan
- Semua jualan adalah muktamad.
- Tiada bayaran balik, pembatalan atau pertukaran dibenarkan setelah tempahan disahkan.
- Polisi ini kekal kerana tiket boleh dipindah milik dan boleh dijual semula sekiranya pembeli asal tidak dapat hadir.
6. Pemilihan Kategori & Tempat Duduk
- Pembeli boleh memilih kategori tempat duduk (contoh: VIP, Gold, Silver).
- Namun, pemilihan kerusi dalam kategori tersebut adalah berdasarkan first come first serve pada hari acara.
- Tiada pemilihan kerusi semasa pembelian.
- Penganjur berhak mengurus susunan tempat duduk mengikut keperluan teknikal dan operasi.
7. Peta Tempat Duduk
- Peta tempat duduk di laman web atau aplikasi tidak dilukis mengikut skala dan hanya untuk rujukan.
- Tata letak tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
8. Pindah Milik & Jual Semula
- Tiket adalah boleh dipindah milik.
- Tiket boleh dijual semula jika pemegang asal tidak dapat hadir.
- Pembeli bertanggungjawab memastikan proses pindah milik atau jual semula dilakukan dengan selamat.
- Tiket yang diperoleh melalui saluran tidak sah atau penipuan boleh dibatalkan oleh penganjur.
9. Kehilangan atau Kerosakan Tiket
- Tiket yang hilang, rosak atau dicuri tidak akan diganti.
- Pemegang tiket bertanggungjawab menjaga e‑tiket masing‑masing.
10. Persetujuan Pembelian
- Dengan membeli tiket melalui www.heart4muhammad.com, pembeli bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.
11. Pengesahan Masuk
- Pemegang tiket perlu menunjukkan e‑tiket sah (dengan nombor unik atau kod QR jika ada) semasa pendaftaran.
12. Perubahan Acara
- Penganjur berhak menangguh, membatalkan, atau memindahkan acara mengikut keadaan tidak dijangka atau garis panduan semasa.
- Penganjur juga berhak mengubah artis, program, harga, venue, susunan tempat duduk, kategori tiket atau kapasiti tanpa pampasan.
13. Notifikasi Perubahan
- Jika acara dibatalkan atau dijadual semula, penganjur akan berusaha memaklumkan pembeli melalui maklumat hubungan yang diberikan.
- Namun, pembeli bertanggungjawab menyemak status acara dari semasa ke semasa.
- Penganjur tidak bertanggungjawab atas kerugian lain seperti kos perjalanan atau penginapan.
1. Masa Acara
- Masa mula acara tertakluk kepada perubahan.
- Masa buka/tutup pintu tidak semestinya masa mula/tamat acara.
2. Pengesahan Tiket
- Semua pemegang tiket mesti menunjukkan e‑tiket sah untuk pengesahan.
3. Polisi Kanak-kanak
- Kanak-kanak bawah 6 tahun tidak dibenarkan masuk.
- Kanak-kanak 7–14 tahun mesti ditemani ibu bapa/penjaga sah dan mempunyai tiket sah.
4. Pemeriksaan Keselamatan
- Pemeriksaan badan/beg boleh dijalankan.
- Senjata, bahan berbahaya, dadah, makanan/minuman dan barangan mengganggu acara adalah dilarang.
5. Penolakan Masuk
- Kemasukan boleh ditolak jika tiket diragui, rosak, telah digunakan, atau tidak dibeli melalui saluran sah.
6. Tingkah Laku
- Tingkah laku tidak wajar boleh menyebabkan penyingkiran dari venue.
1. Maklumat Pembeli
- Pembeli bertanggungjawab memastikan maklumat peribadi adalah tepat dan terkini.
2. Penghantaran Tiket
- E‑tiket dihantar ke emel berdaftar selepas transaksi berjaya.
3. Pengesahan Pesanan
- Jika tidak menerima emel pengesahan, pembeli perlu menghubungi pihak penganjur.
- Penganjur tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat anggapan pesanan berjaya atau gagal.
4. Nombor Unik Tiket (DIKEMASKINI)
- Setiap tiket mempunyai Nombor Unik yang akan disahkan semasa kemasukan ke venue.
- Elakkan berkongsi e‑tiket secara terbuka untuk mengelakkan pemalsuan.
5. Polisi Jualan
- Semua jualan adalah muktamad.
- Tiada pembatalan, bayaran balik atau pertukaran.
- Polisi ini selaras dengan kebenaran pindah milik dan jual semula.
6. Risiko Acara
- Pemegang tiket menanggung semua risiko semasa perjalanan dan kehadiran di venue.
Buy Now