KUALA LUMPUR 25 Jun - Broker elektronik asing akan dibenarkan
menawarkan platform pembrokeran secara elektronik untuk urus niaga
borong antara bank dalam pasaran pertukaran mata wang asing Malaysia
mulai 1 Julai 2010.
Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia
(BNM), inisiatif tersebut bertujuan menambah penyertaan peserta baharu
dalam pasaran pertukaran mata wang asing bagi meningkatkan lagi
kedinamikan dan daya saing pasaran tersebut.... See More
''Fleksibiliti
ini akan menggalakkan aktiviti urus niaga yang lebih pesat kerana
platform pembrokeran secara elektronik dapat meningkatkan ketelusan,
menambah baik kecekapan pasaran dan mengurangkan kos urus niaga peserta
pasaran.
''Broker elektronik asing yang berminat untuk
menyediakan perkhidmatan tersebut di Malaysia boleh mengemukakan
permohonan kepada BNM selaras dengan peruntukan dalam Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan 1989,'' katanya.
Tambah kenyataan
itu, dalam membuat penilaian terhadap kelayakan permohonan, kriteria
berikut akan diambil kira pemohon mestilah syarikat yang diperbadankan
di Malaysia.
''Selain itu, pemohon mestilah mempunyai rekod
prestasi yang kukuh di peringkat antarabangsa; serta mestilah mempunyai
cadangan perniagaan yang boleh laksana bagi menyumbang kepada
pembangunan pasaran pertukaran asing di Malaysia.
''Pemohon juga
perlu mempunyai keupayaan sistem serta infrastruktur bagi menyokong
perniagaannya, termasuk menangani sebarang keadaan luar jangkaan dan
mempunyai prosedur pemulihan bencana,'' jelasnya.
Untuk maklumat
lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi atau permohonan, Pengarah
Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato'
Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Selain itu, orang ramai boleh
menghubungi talian 603 - 26919885 atau 603-26907593 dan faks
603-26913661 serta email feb@ bnm.gov.my untuk maklumat lanjut.