SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.


  • Post new topic
  • Reply to topic

Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Share

wealthy88
The Quiet Type
The Quiet Type

Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by wealthy88 on 26th June 2010, 07:59

Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia
KUALA
LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Broker elektronik asing dibenarkan menawarkan
platform pembrokeran secara elektronik untuk urus niaga borong antara bank dalam
pasaran pertukaran asing Malaysia mulai 1 Julai 2010, kata Bank Negara Malaysia
(BNM).

Ia berkata inisiatif ini bertujuan menambah penyertaan peserta
baharu dalam pasaran pertukaran asing bagi meningkatkan lagi kedinamikan dan
daya saing pasaran tersebut.

"Fleksibiliti ini akan menggalakkan aktiviti
urus niaga yang lebih pesat kerana platform pembrokeran secara elektronik dapat
meningkatkan ketelusan, menambah baik kecekapan pasaran dan mengurangkan kos
urus niaga peserta pasaran," kata BNM dalam kenyataan pada Jumaat.

Broker
elektronik asing yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan tersebut di
Malaysia boleh mengemukakan permohonan kepada Bank Negara Malaysia selaras
dengan peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, kata
bank pusat itu.

Dalam menilai permohonan, kriteria yang akan diambil kira
ialah: pemohon mestilah syarikat yang diperbadankan di Malaysia; mempunyai rekod
prestasi yang kukuh di peringkat antarabangsa; mempunyai cadangan perniagaan
yang boleh laksana bagi menyumbang kepada pembangunan pasaran pertukaran asing
di Malaysia; dan mempunyai keupayaan sistem serta infrastruktur bagi menyokong
perniagaannya, termasuk menangani sebarang keadaan luar jangkaan dan mempunyai
prosedur pemulihan bencana.

kuasarobotforex
Active Poster
Active Poster

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by kuasarobotforex on 26th June 2010, 10:19

wealthy88 wrote:Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia
KUALA
LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Broker elektronik asing dibenarkan menawarkan
platform pembrokeran secara elektronik untuk urus niaga borong antara bank dalam
pasaran pertukaran asing Malaysia mulai 1 Julai 2010, kata Bank Negara Malaysia
(BNM).

Ia berkata inisiatif ini bertujuan menambah penyertaan peserta
baharu dalam pasaran pertukaran asing bagi meningkatkan lagi kedinamikan dan
daya saing pasaran tersebut.

"Fleksibiliti ini akan menggalakkan aktiviti
urus niaga yang lebih pesat kerana platform pembrokeran secara elektronik dapat
meningkatkan ketelusan, menambah baik kecekapan pasaran dan mengurangkan kos
urus niaga peserta pasaran," kata BNM dalam kenyataan pada Jumaat.

Broker
elektronik asing yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan tersebut di
Malaysia boleh mengemukakan permohonan kepada Bank Negara Malaysia selaras
dengan peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, kata
bank pusat itu.

Dalam menilai permohonan, kriteria yang akan diambil kira
ialah: pemohon mestilah syarikat yang diperbadankan di Malaysia; mempunyai rekod
prestasi yang kukuh di peringkat antarabangsa; mempunyai cadangan perniagaan
yang boleh laksana bagi menyumbang kepada pembangunan pasaran pertukaran asing
di Malaysia; dan mempunyai keupayaan sistem serta infrastruktur bagi menyokong
perniagaannya, termasuk menangani sebarang keadaan luar jangkaan dan mempunyai
prosedur pemulihan bencana.


Syabas dan tahniah untuk info di atas semoga kita tetap sukses dalam trading dan urusan deposit dan pengeluaran wang yang konsisten.

sinukab
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by sinukab on 26th June 2010, 10:21

thanks for sharing info.. berita baik ni....


-------------------------------------------------------------------------------

sinukab
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by sinukab on 26th June 2010, 11:44

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=2077&lang=bm


-------------------------------------------------------------------------------

redpips618
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by redpips618 on 26th June 2010, 23:33

tq tuan2 semua cos shere ni info

moneypips
Elite Poster
Elite Poster

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by moneypips on 27th June 2010, 14:49

sinukab wrote:http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=2077〈=bm


bagus info ni geng.. semakin mudahlah kita dalam dunia pemoreksan

sir_eson
Elite Poster
Elite Poster

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by sir_eson on 27th June 2010, 15:09

bagus la klu BNM kasi legal sudah forex di malaysia ne..
thanks share info..

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia

Post by paraivagas on 28th June 2010, 22:49

blh buat broker sendiri suda ka ni hehehe


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 24th May 2012, 17:54