SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

[solved]Forex Intermarket analysis 5 3.9 15
  • Post new topic
  • Reply to topic

[solved]Forex Intermarket analysis

Share

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

[solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 01:54

Salam kepada rakan-rakan trader.

Pernah mendengar intermarket anaylsis ? satu cabang dari Fundamental analysis , melihat keseluruhan pergerakan market Bond, Komoditi, Stock dan currency kerana pergerakan kesemua pasaran ini mempunyai kaitan antara satu sama lain .Kepada rakan-rakan dan sahabat Forex di mana jua anda berada, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana saya memandang pergerakan FOREX market dari pandangan Fundamental atau lebih tepat lagi dari sudut Intermarket Correlation.salah satu cabang dari sudut Fundamental . mencari Logic dan Metamatik dalam pergerakan market dan Insyallah pemahaman saya terhadap pergerakan market lebih jitu.
Pergerakan Forex Market dipengaruhi secara total oleh pasaran saham,Bond dan komoditi . "Panic Selling" di wall street akan triger sell di currency market. melihat bagaimana pergerakan crude mempengaruhi pergerakan YEN dan bagaimana mengenal pasti Risk appetite dan risk aversion melalui pergerakan YEN dan Dollar...
Selama lebih 4 tahun saya meneliti pergerakan intermarket secara manual iaitu meneliti pergerakan CRUDE,Stock,Bond untuk memasuki pasaran Currency melalui chart, sehingga baru-baru ini saya dapat mengenali Lukpayat yang membantu saya membangunkan perisian Intermarket Correlation IA...Terimakasih Lukpayat kerana anda telah memudahkan cara saya trading semoga Allah memberi anda razeki yang berlebihan hendaknya...
Tapi maaf di sini tiada sebarang indikator yang akan diberikan kepada saudara dan saya cuba sedaya upaya saya mengupas dan menganalisa market mengikut sudut pemahaman saya , dan saya yakin dan percaya ada dikalangan saudara yang lebih hebat pemahaman Forex dari saya ...sama-samalah kita berkongsi ruang siber ini untuk kebaikan semua trader...

Subjek intermarket ini amat berguna untuk trader yang mahu melangkah lebih jauh dalam FOREX kerana dapat memahami dan mencari sebab kenapa pergerakan setiap currency berlaku , Bila pergerakan besar berlaku, berapa angaran pergerakan sesuatu currency, bila akan berlaku market "consolidation" dan yang paling penting dalam dunia FOREX adalah mengenal pasti "RISKS" samada berlaku Risk appetite atau Risk Aversion dalam Market

Dalam mengenalpasti Risk samada Appetite atau Aversion saya menggunakan formula Strong Dollar Stronger Yen dan Weak Dollar dan Weaker Yen , ini bermakna saya menggunakan USDJPY sebagai panduan memerhati RISK

4 perkara penting yang mesti di fahami oleh trader

1. Pemahaman Fundamental -- anda tak perlu menjadi ahli ekonomi untuk menguasainya cukup sekadar memahami basic concept FOREX Fundamental

2. Aspek Teknikal -- Pelajari teknikal dan kuasai dengan baik, tetapi not too teknikal sangat ....

3. Intermarket -- Kaitan antara 4 cabang Financial Market , BOND,STOCK,COMMODITY dan CURRENCY... memahami konsepnya dengan baik menjadikan anda trader yang sentiasa berada dalam keadaan tahu apa yang sedang berlaku

4. Psycology Trading -- Bab yang ramai yang kantoi , MM, Fear & greed


Adakah Intermarket Correlation ini 100% tepat dalam semua keadaan ?


Tidak sama sekali jika berlaku keadaan-keadaan ini

Bank or Government Intervention
News yang membabitkan currency tertentu

Dan setiasa ingat rule of FOREX " Tiada yang pasti dalam FOREX"
Market is Older and Smarter than YOU...


Last edited by paraivagas on 25th September 2010, 12:09; edited 15 times in total (Reason for editing : now sticky :))

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 01:57

http://img101.imageshack.us/img101/8137/oldstylechartmonitoring.gif

Antara chart yang diperhatikan dalam analisa intermarket...fahami dan selami character stock chart untuk anda memahami pergerakan currency


Last edited by asanatan on 18th June 2010, 13:30; edited 3 times in total

Iyan
Happy Camper
Happy Camper

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by Iyan on 13th June 2010, 02:18

selamat datang Tuan Asan ke forum di bawah bayu, FSF....

terima kasih krn sudi membuka thread "Intermarket Analysis" di FSF, sia personally grateful. sia ingat trader sabah lps ni FTT mmg...(amin...) hehehe

kpd rakan2 trader sabah, sia harap kita dpt ambil peluang ni utk upgrade lg skill analysis trade kita dgn menggunakan hubungkait antara pasaran di samping teknik masing2 yg sedia ada. kita bg kerjasama kpd Tuan Asan, ni la masanya kita study sama2 dan develop trading skill.

peace cheers

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 03:13

Salam perkenalan rakan-rakan trader sabah, nama saya asanatan, tuan boleh panggil saya abang asan, No masta, No Tuan, No cikgu...saya belum sampai ke tahap itu.
Saya Full Time Trader dan Trainer....hidup saya dengan Forex, pendapatan utama saya dari Forex Trading dan Intermarket Correlation menjadi trade style saya....saya tahu cara saya ini bukanlah yang terbaik dan ramai lagi trader hebat di Malaysia ini dengan ilmu Forex yang hebat-hebat tapi biarlah kita sama-sama berkongsi sesuatu yang bermenafaat ini Insyallah.

Saya akan bermula right from basic intermarket dan sebelum itu bahasa yang akan saya gunakan adalah "Manglish" maaf sometime terpaksa.


Pada mula kita menyertai Forex kita disogokan oleh Broker dengan "Pair Trading Knowledge" maksud saya kita hanya faham mengenai pair sebagai contoh EUR/USD GBP/USD atau lebih otai sikit kita akan trade GBP/JPY atau lebih dikenali GJ atau geepy...dunia kita hanya berkisar kepada pair tesebut tanpa mengetahui keseluruhan perwatakan currency.....
Masa berlalu kita diperkenalkan kepada concept currency trading banyak tool yang digunakan untuk mengukur kekuatan sesuatu currency antara yang dikenali di Malaysia adalah Oasis Currency Meter ** credit to Lukpayat . Saya menggunakan Henri Liu currency sebelum itu dan telah mula menggunakan intermarket correlation sebagai asas trading analisa kerana kami melihat Forex market more toward Fundamental outlook...next apa itu Intermarket Correlation

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 03:48

INTERMARKET CORRELATION

Intermarket correlation ini bukanlah sesuatu yang baru , telah digunakan oleh ramai trader di seluruh dunia sebagai satu analisa untuk memasuki pasaran bukan sahaja Forex tetapi pasaran Stock,Commodity dan Bond.Tiada satu pun antara 4 market ini bergerak secara sendirian sentiasa ada correlation antara satu sama lain. Sebagai contoh trader melihat kenaikan mendadak kepada Bond Yield sebagai petanda kepada kekuatan nilai Dollar dan akan berlaku " sell off " pada Stock Market, pasaran Commodity akan merudum dan akhirnya bearish momentum berlaku kepada Forex Market...sebab apa dan kenapa perkara ini berlaku , ada breaking News barangkali, sesuatu berita yang tidak menyenangkan berlaku di greece, eurozone ? But Why Dollar Strong ?...next commodity market

bob_khidir
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by bob_khidir on 13th June 2010, 04:35

salam bang saya tumpang belajar disini

ahmadul_hadi
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by ahmadul_hadi on 13th June 2010, 09:40

Salam semua.. nak belajar intermarket gak

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 09:44

Silakan , tetapi bagi siapa yang tidak biasa dengan Fundamental , perkara ini akan menjemukan kerana pembelajaran ini tidak sama seperti pembelajaran teknikal, mungkin mengambil masa yang lama dan membosankan....mungkin ada masa-masanya ada subjek yang akan saya ulang-ulang kerana correlation subjek ini berkait-kait antara satu sama lain.....ada masanya Gold dikaitkan dengan Dollar dan ada masanya Gold dikaitkan dengan commodity dan stock. sedikit tricky di situ


Last edited by asanatan on 13th June 2010, 10:21; edited 1 time in total (Reason for editing : adding text)

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by paraivagas on 13th June 2010, 11:14

Selamat datang bos asan Smile
Terima kasih krn sudi berkongsi ilmu fx di fsf. Kpd kawan2 yg mahu belajar intermarket ni, sila bertanya soalan yg berkaitan. Sy mahu bagi amaran awal2, kpd kawan2 yg tak berminat mahu belajar dan hanya mahu kacau thread ini saja... jangan tanya sy kalau kamu di ban. Harap simpan amaran ni dlm kepala otak masing2.
1 lagi jgn cuba2 buat iklan di thread ini. Masing2 ada thread, so fokus dgn kerja masing2.

Sekali lagi fsf sgt gembira bos asan dpt berkongsi ilmu intermarket di sini.
Ba, sy pun tumpang belajar Wink


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 11:16

COMMODITY MARKET



Apa itu Commodity ?

dimana ianya didagangkan ?

apa kaitan dengan Forex trading ?


Commodity didagangkan di NYBOT dan NYMEX USA,
Tetapi apa yang kita nak perbincangkan di sini bukanlah CPO,Soya atau lain2 commodity tetapi commodity yang amat rapat dengan industry atau yang boleh mempengaruhi pasaran BOND dan STOCK iaitu dari kelompok PRECIOUS METAL (GOLD,COOPER) dan ENERGY ( CRUDE )
, tetapi ada masanya kita keluarkan GOLD dari kelompok Commodity kerana sifatnya sebagai “safe haven” component apabila berlaku “extreme Risk aversion” dan akan kembali ke kelompok commodity apabila keadaan kembali normal….tricky kan?,
tetapi bagi trader yang berpengalaman perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal tetapi disinilah kita
boleh mengenal pasti risk dalam forex trading.

Selalu-selalu menjengah News di sini :

http://www.bloomberg.com/news/index.html?Intro=intro_news
http://www.businessinsider.com/
...next kaitan Commodity dengan FOREX

Iyan
Happy Camper
Happy Camper

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by Iyan on 13th June 2010, 11:17

asanatan wrote:Silakan , tetapi bagi siapa yang tidak biasa dengan Fundamental , perkara ini akan menjemukan kerana pembelajaran ini tidak sama seperti pembelajaran teknikal, mungkin mengambil masa yang lama dan membosankan....mungkin ada masa-masanya ada subjek yang akan saya ulang-ulang kerana correlation subjek ini berkait-kait antara satu sama lain.....ada masanya Gold dikaitkan dengan Dollar dan ada masanya Gold dikaitkan dengan commodity dan stock. sedikit tricky di situ


tu yg kadang pelik tgk dashboard, nak ckp safe haven tp kadang2 ikut naik dgn commodity dan stock. mesti ada sbb knp investor masih beli gold even time tu kita bole ckp risk appetite, utk pre-caution (safety) kali. betul ka ni abg asan? scratch

nubie cuba kasi pendapat jak ni study

Iyan
Happy Camper
Happy Camper

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by Iyan on 13th June 2010, 11:45

asanatan wrote:COMMODITY MARKET



Apa itu Commodity ?

dimana ianya didagangkan ?

apa kaitan dengan Forex trading ?


Commodity didagangkan di NYBOT dan NYMEX USA,
Tetapi apa yang kita nak perbincangkan di sini bukanlah CPO,Soya atau lain2 commodity tetapi commodity yang amat rapat dengan industry atau yang boleh mempengaruhi pasaran BOND dan STOCK iaitu dari kelompok PRECIOUS METAL (GOLD,COOPER) dan ENERGY ( CRUDE )
, tetapi ada masanya kita keluarkan GOLD dari kelompok Commodity kerana sifatnya sebagai “safe haven” component apabila berlaku “extreme Risk aversion” dan akan kembali ke kelompok commodity apabila keadaan kembali normal….tricky kan?,
tetapi bagi trader yang berpengalaman perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal tetapi disinilah kita
boleh mengenal pasti risk dalam forex trading.

Selalu-selalu menjengah News di sini :

http://www.bloomberg.com/news/index.html?Intro=intro_news
http://www.businessinsider.com/
...next kaitan Commodity dengan FOREX


adedeh risk aversion pulak...

gold
1) masuk team komoditi bila keadaan normal (normal=risk appetite betul ka?)
2) menjadi safe haven bila "extreme risk aversion"

so, mesti ada cara mcmana trader kecilan cam sia ni mau detect tu gold? tgk news di bloomberg ka abg asan?

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 12:05

Bloomberg atau Business insider atau juga Yahoo Finance atau apa jua FREE news ini mungkin lagging bagi advance trader tetapi bagi average trader seperti kita ini sangat dapat membantu dalam trading , dapat mengetahui " what's going on" ... apabila berlaku optimism dalam market keyakinan trader sudah kembali akan berlaku Risk Appetite dan apabila berlaku ketidaktentuan dalam pasaran akan berlaku risk aversion, walaubagaimanapun kita akan bincangkan bab ini nanti, perjalan kita masih jauh lagi....
Untuk menjawab persoalan Gold onetwoforex, GOLD masih menjadi "safe haven" dan belum kembali ke kelompok commodity dan sebagai gantian kepada Gold saya mengambil cooper sebagai panduan....

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 12:22

Di sini saya akan mengurang kan SS dan akan memberikan pembelajaran ini dalam bentuk tulisan kerana saya mahu anda semua faham dulu mengenai konsep intermarket....dan untuk membakar semangat kamu untuk menjadi serious trader lihat traderoom saya.....

http://img809.imageshack.us/img809/5561/mynewtraderoom3.jpg
http://img821.imageshack.us/img821/1605/klclass.jpg

ahmadul_hadi
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by ahmadul_hadi on 13th June 2010, 12:31

Salam semua.. maaf menyibuk sikit.. bagus gak kalo TT dapat gabungkan antara Technical Analysis + Fundamental Analysis + Intermarket Analysis dlm thread nie.. blh nampak keseluruham pergerakan market.. Bila mana trader dapat kuasai ketiga-tiga analysis nie baru la trader tu blh trade yg ilmu dan bukan trade spt gambler..

Mohon agar TT dapat terangkan serba sedikit sejarah atau permulaan terbentuk nya idea intermarket analysis.. sbb subjek nie terlalu baru bagi kebanyakan trader di sini.

Iyan
Happy Camper
Happy Camper

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by Iyan on 13th June 2010, 12:38

asanatan wrote:Di sini saya akan mengurang kan SS dan akan memberikan pembelajaran ini dalam bentuk tulisan kerana saya mahu anda semua faham dulu mengenai konsep intermarket....dan untuk membakar semangat kamu untuk menjadi serious trader lihat traderoom saya.....





perghhh....

Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven


Last edited by onetwoforex on 13th June 2010, 13:01; edited 1 time in total

asanatan
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by asanatan on 13th June 2010, 12:54

Nanti kita akan gabungkan insyallah....akan tiba masanya sekarang ni kita bagi pemahaman dulu mengenai intermarket dan fungsi kegunaan kepaa forex trader

tetingkap
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by tetingkap on 13th June 2010, 15:04

asanatan wrote:Nanti kita akan gabungkan insyallah....akan tiba masanya sekarang ni kita bagi pemahaman dulu mengenai intermarket dan fungsi kegunaan kepaa forex trader
terima kasih bg asan.. tak sabar nk belajar nih. 

ahmadul_hadi
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by ahmadul_hadi on 13th June 2010, 17:10

Bagi sape2 minat nak baca ebook psal intermarket blh click sini : http://www.mediafire.com/?dnocwzgyjmj

Iyan
Happy Camper
Happy Camper

Re: [solved]Forex Intermarket analysis

Post by Iyan on 13th June 2010, 18:05

ahmadul_hadi wrote:Bagi sape2 minat nak baca ebook psal intermarket blh click sini : http://www.mediafire.com/?dnocwzgyjmj


tqvm hadi... study
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 19th May 2012, 20:10