ni saya ambik dari forum sebelah....
semoga bermanfaat
Berapa banyak kah strategi-strategi utama dalam forex trading?[/B]
Mungkin ada berdozen strategi forex di luar sana. Tetapi apa yang kita ingin fokuskan adalah pada strategi utama atau strategi dasar. Dari stategi dasar, kita boleh mengembangkan nya kepada strategi yang lebih mantap dan berkesan. Untuk mencipta suatu strategi yang hebat, semua nya adalah bermula daripada IDEA. Think!
Sifat semulajadi forex market:
Semua benda di dalam alam semesta mempunyai sifat semulajadi. Begitu juga pasaran matawang (forex market). Dan begitu jugalah setiap matawang (currency) dalam forex market. Sebagai contoh, GBP/JPY sentiasa bergerak pantas, dan jarak alunan nya lebih panjang berbanding matawang lain, lebih kurang 100 pips dalam suatu hari atau pun satu jam. EUR/USD dan GBP/USD pula lebih suka tidur di waktu siang dan menari-nari di waktu malam. AUD/USD dan NZD/USD pula boleh disifatkan sebagai kembar. Mereka biasanya bergerak ke arah yang sama, kalau satu pergi ke utara, yang satu lagi agak keberatan untuk pergi ke selatan. Tetapi EUR/USD dan USD/CHF boleh digambarkan sebagai musuh. Bilamana satu diantara mereka terbang ke angkasa umpama belon hidrogen, musuhnya pula menjunam ke bawah umpama bola baling. Begitu lah seumpamanya.
Apabila kita telah berjaya menemui sifat market yang sebegini rupa, kita akan mendapat satu idea untuk membangunkan strategi untuk sesuatu matawang tertentu, dengan mengikuti sifat semulajadi nya, meramalkan arah pergerakan matawang tersebut dan julatnya. Kemudian, kita akan mampu mencipta suatu strategi trading dan sistem.
Diantara stategi yang utama:
A. Fundamental Trading
Dalam forex trading, kebanyakkan penganalis professional biasanya menggunakan satu kaedah untuk meramalkan masa hadapan pasaran matawang yang dikenali sebagai Fundamental Analysis. Berdasarkan kaedah ini, mereka akan membangunkan lebih banyak strategi untuk berdagang forex. Stategi tersebut adalah untuk meramalkan pergerakan harga sesuatu matawang pada masa hadapan berdasarkan ekonomi, politik, keadaan semasa dan beberapa faktor lain yang terlibat dan statistik yang mempengaruhi permintaan dan penawaran atau apa-apa yang berkaitan dengan matawang tersebut.
Sekiranya anda ingin mencuba Fundamental Trading, anda perlu belajar dan memahami perkara yang berkait rapat dengan kewangan. Sebenarnya bukan saja bidang kewangan, anda perlu berminat untuk mengetahui banyak perkara yang berlaku di dunia ini termasuklah politik, ekonomi, geografi, budaya, diplomasi, mahupun hal ketenteraan. Anda juga kena belajar tentang elemen teras yang mempengaruhi ekonomi sesuatu negara atau entiti. Sebagai contoh, apabila GDP(Gross Domestic Products) USA atau Employment report adalah kuat, anda akan melihat dengan jelas, kesihatan ekonomi Amerika pada tahap optimum. Jadi, US dollar akan lebih kukuh berbanding matawang lain. Tetapi sejauh mana US Dollar boleh pergi? Fundamental Trading bukanlah jawapan yang paling tepat untuk soalan ini. Anda kena mencari peralatan yang lebih tepat bagaimana untuk menterjemah informasi di atas kepada entry dan exit point untuk strategi trading tertentu.
To be continue.











