Apa itu Virtual Private Server (VPS)?Virtual
Private Server atau lebih dikenali dengan VPS secara mudahnya adalah
komputer desktop korang cuma ianya berada di server yang boleh disewa
secara bulanan atau tahunan.
Apa kena mengena pulak dengan Forex Trading ?Salah satu alternatif urusan jual beli forex ini adalah dengan menggunakan
Robot atau Expert Advisor ataupun EA. Contohnya, macam RF2009,
PipTronic, PipTurbo dan Forex Grinder
Pada ketika ini, terdapat bermacam-macam jenis Robot/EA yang dijual di internet dan boleh di guna
pada terminal Metatrader korang. Aktiviti Robot/EA ini hendak
dijalankan 24 jam dan 5 hari waktu market dibuka iaitu Isnin hingga
Jumaat.
Korang boleh memasang Robot/EA di komputer korang
sendiri di rumah atau pejabat tetapi ada pelbagai masalah utama yang
akan timbul seperti:
- Masalah line internet korang yang
tidak stabil, atau putus-putus atau perlahan - ini akan menyebabkan
operasi Robot/EA korang terganggu dan requote boleh berlaku.
- Masalah PC atau Laptop korang tak tahan nak buka 24 jam selama 5 hari.
- Masalah elektrik tidak stabil dimana jika ada gangguan elektrik di
kawasan rumah/pejabat korang, terminal akan ditutup malahan komputer
anda sendiri akan terpadam.
- Pelbagai gangguan pada sistem seperti virus atau spyware yang mengganggu operasi komputer anda.
Untuk mengelakkan masalah utama diatas, penggunaan VPS adalah salah satu
jalan selesai yang paling baik. Dengan menyewa dan memasang Robot/EA di
terminal di VPS yang korang sewa masalah di atas dapat diatasi.
Secara am nya jika korang menggunakan Robot/EA korang digalakkan
menggunakan VPS untuk mendapat keuntungan yang optima.
TIPS memilih VPS antaranya:
- Lokasi server yang hendak disewa, jika server yang disewa lebih dekat
dengan broker pilihan korang maka kadar sambungan internet lebih laju
dan efisen.
- Kadar tindak balas support kepada korang. Cuba
korang menghantar 1 email bertanyakan apa-apa pun mengenai vps atau
pakej yang korang minat kepada email support mereka. jika mereka
membalasnya cepat itu adalah baik dan jika mereka membalasnya lambat,
pertimbangan harus dibuat kerana jika korang ada masalah kemudian dan
mereka lambat membalasnya itu kan membawa masalah besar.
Penyedia VPS yang Dicadangkan.Ok, bagi yang bercadang hendak menyewa VPS yang baik dan murah,
saya cadangkan untuk menyewa di www.swvps.com atau www.vpsland.com
VPS yang mereka sediakan memang baik dan murah, sebab mereka menyediakan
VPS khusus untuk Forex Trading.
saya nak bagi contoh yang simple, kalau korang sakit mata, tahap sakit
yang boleh menyebabkan korang buta. Korang akan jumpa siapa? Mesti
doktor pakar sakit mata kan. Mungkin korang boleh jumpa mana-mana
doktor, tapi khidmat yang diberikan tidak sebaik doktor pakar sakit
mata.
Begitu juga dengan penyedia VPS, terdapat banyak penyedia
VPS diluar sana. Tapi hanya segelintir sahaja yang pakar dalam VPS
untuk Forex Trading. Salah satu daripada mereka adalah di www.swvps.com
atau www.vpsland.com
KesimpulanBagi
mengoptimakan keuntungan menggunakan Robot/EA korang adalah digalak kan
menggunakan VPS. Tetapi bukan tanpa VPS korang tak boleh guna Robot/EA
cuma keuntungan mengguna Robot/EA tidak dioptimakan.