by nokurogia on 4th December 2008, 18:00
7) jangan trading jika anda tidak kenal siapa diri anda semasa berada direkod trading yang baik. (pengalaman ni)
saya pernah 1 bulan tidak pernah lost dan semua hijau saja direkod trading. Then satu hari ni position saya tinggi potensi mo lost, dan inda lama lagi mo hit stop lost kenen. Jadi apa yang saya buat, saya buka setting stop lost tu dengan harapan market akan stop retrace dan saya akan buat manual tutup position. Skali tinguk, manada stop retrace, makin down lagi.
So saya betul2 inda kenal siapa diri saya sewaktu berada d rekod trading yang baik, saya ada feeling kuat mo revange market (the biggest sin kenen) hanya sebab mau protect rekod semua hijau saya dari tercalar. Then saya main "average down" punya teknik.
Teknik tu mcm gini, katakan saya ambik Buy, tapi direction Sell pula, so bila saya berada d position katakan -$100 (lepas delete SL utk elak lost) then saya akan buka satu position Buy yang baru dgn harapan kalo direction Sell berhenti dan sambung balik Buy, maka jika 2nd position tu dapat $100, ini akan diguna untuk kasi kensel 1st position yg floating pada kerugian -$100 (-$100+$100 = $0), atau senang cakap saya akan cover kerugian position lama guna position baru.
Teknik ni sangat2 bahaya, tapi saya buat juga sebab mo protect rekod trading dari tercalar. Then market masi inda memihak sama saya, then sya buka lagi 3rd position guna teknik sama, ni kali lagi besar utk bayar 1st sama 2nd position yg rugi tu..
So apa terjadi seterusanya? market bukan retrace tapi ubah direction bah... so margin call lah kenen..
problem sini, saya bukannya newbie tak tau pasal over leverage, akibat tamak atau apa2 yg basic tu.. tapi just tak dapat kawal diri bila ego lagi besar dari daya saya untuk berdepan dengan reality. Saya sendiri tidak kenal diri saya waktu berada d rekod trading yg gemilang kenen, saya cuma kenal diri saya yg kuat disiplin waktu berada d rekod trading yg biasa2 saja. So kena sekali ckup lah, 2nd time sure ndak kena lagi..
terima kasih kerna membaca