5 KATEGORI TRADERS.
-sumber daripada http://carisignal.blogspot.com/
Trader Level 1
Level 1 Unconscious Incompetence
Ketika ini kamu menjadi trader kerana kamu mendengar bahawa
pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang CEO.
Ditambah pula pada waktu ini kamu telah profit 3 kali ganda, lalu apa
susahnya?. Kamu mungkin boleh profit dengan hasil yang menakjubkan 100
point sampai 200 point per lot per hari, namun itu semua hanyalah
beginner luck saja. kamu pada awalnya tidak percaya, dengan hanya
mengunakan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan insting
kamu boleh profit. Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak
ada trader yang berjaya hanya dengan faktor LUCK. Loss demi loss
menghampiri kamu, kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin call,
siapa yang boleh tahan??. Kamu sama sekali tidak menyedari bahawa kamu
tidak boleh trading, kamu tetap berkata kamu boleh trading walaupun
semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan
kelmarin profit?, tahun ini profit? ). Kamu tetap berkata bahawa kamu
adalah orang yang special, orang yang akan mampu mendapatkan kunci
kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyedari bahawa 90% trader yang
gagal juga mempunyai perasaan seperti itu.
Kamu tidak mempunyai sistem yang complete, kamu dikuasai oleh
emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss kerana kamu marah
pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau
membiarkan profit berubah jadi loss kerana kamu dikuasai oleh GREED,
kamu tidak pernah trading kerana kamu takut / FEAR. Kamu membiarkan
diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita.
90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya
putus asa, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk
belaka. sebahagian lagi mereka tetap mencari investor dan trading
seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu
mereka mencari mangsa lagi. Mereka masih mengaku sebagai trader namun
sebenarnya mereka executor dan biasanya mereka ini dengan senang hati
akan mengaku sebagai management di brokernya. lalu sebagian lagi akan
tetap seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading,
mereka biasanya menyalahkan dirinya sendiri. Hanya masalah waktu,
sampai bila mereka dapat bertahan di level ini dan waktu selalu menang.
90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% sadar dan pindah ke level 2.
Trader Level 2
Level 2 Conscious Incompetence
Di level ini kamu sedar bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tidak
memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara
konsisten. Kamu sedar bahawa selama di level 1 fikiran kamu dikaburkan
oleh emosi kamu sehingga kamu tidak boleh berfikir secara normal. Di
level ini kamu akan mencari holy grail ( system yang sempurna, system
yang 100% profit, system yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli
system yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada
tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europa sampai Russia,
kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktikan semua system yang kamu
peroleh, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir
yang haus akan air minuman.
Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indicator,
kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu
mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3
indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci
lines, pivot point, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands,
dan ratusan indicator lainnya. Kamu tahu bahawa market terlalu rumit
untuk di predict hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi
ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu keberkesanan indicator
tersebut dan juga kelemahannya.
Kamu akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan
indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan
menanyakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada trader senior. kerana kamu
tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan
tahu.
Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10
system yang lengkap dan mencuba mencari system mana yang paling sesuai
dengan keperibadian kamu. Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya
sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.
Trader Level 3
Level 3 The EUREKA Moment
Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyedari punca masalah bukan
terletak di system. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat profit
jika hanya menggunakan system yang simple seperti moving average saja
tanpa ada indicator lain, jika kamu boleh menggunakan otak kamu dan
money management yang benar. Kamu mula membaca buku tentang psikologi
trading, dan mengidentifikasi dengan characters yang dijelaskan dalam
buku itu. Akhirnya datanglah the eureka moment. Level ini membuat otak
kamu menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang
pun yang mampu memprediksi secara acurate apa yang akan terjadi pada
market 30 minit kemudian. Kamu mula menguasai satu system trading dan
memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter kamu, dan mampu
memberikan lebih banyak profit dibandingkan system yang asli. Kamu mula
trading jika kamu tahu probability untuk profit lebih besar daripada
untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari system kamu, kamu
selalu menggunakan stoploss, kerana kamu tahu stoploss adalah risiko
bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss kamu kena, kamu
tidak emosi kerana kamu tahu tak seorang pun boleh meramalkannya, dan
itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkatkan
probability profit kerana kamu tahu system kamu itu system yang profit.
Kamu menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang
penting iaitu konsistensi pada system, psikologi trading, money
management dan disiplin kamu untuk melakukan trading apapun yang
terjadi. Kamu mempelajari tentang money management, 2% risk perday, dan
hal lainnya. Ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang
memberi nasihat yang sama dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika
itu kamu memang belum sedar namun sekarang kamu sudah sedar. Di level
ini, otak kamu akan menerima bahawa kamu tidak boleh meramalkan
pergerakan market, kerana memang tidak ada seorang pun boleh
meramalkannya. Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5%
yang berhasil maju ke level berikutnya.
Trader Level 4
Level 4 Conscious Competence
Sekarang kamu hanya trading hanya jika system kamu memberi signal.
Kamu cut loss sama senangnya dengan kamu take profit. kerana kamu tahu
system kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut
loss yang kamu lakukan adalah risiko bisnes iaitu max 2% dari account
kamu.
Di level ini kamu mula target dengan profit 20 point per hari, dan
setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa
minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Akhirnya,
kamu mampu lakukannya. Kamu memang masih harus kerja keras untuk
mendapatkannya, memperbaiki system kamu, menguasai emosi kamu, dan
melaksanakan money management yang kamu pegang. level ini biasanya
berjalan sekitar 6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup
maju ke level berikutnya.
Trader Level 5
Level 5 Unconscious Competence
Sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling
diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu boleh
trading dengan tenang, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh Dancing with the Market,
kemanapun arah market berjalan, kamu telah open di posisi yang benar,
tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit. Inilah
level puncak dari seorang trader, inilah level utopia, kamu telah
menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus
membesar tiap harinya dari kumulatif profit yang kamu peroleh. Kamu
akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan
mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan
mereka, kerana kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu. Kamu akan
memberi saranan kepada mereka, namun kamu tahu bahawa kebanyakan dari
mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader level 1.
Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli
semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu boleh membeli pulau dan
trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke
hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Kamu mempunyai
penghasilan seperti seorang superstar, kamu boleh membuat buku sendiri,
kamu boleh
trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan
berlipat-lipat dari account awal. Hanya 3% trader yang boleh mencapai
level ini.
Sekarang kamu boleh dengan bangga berkata "SAYA SEORANG TRADER".
Sekian, salam kejayaan untuk anda semua.











