pipsrider wrote:wellter wrote:hallo semua
ish2 ini topik berat ni
saya kasi info sajalah bukan apa
biasanya broker besar macam liteforex.org,instaforex.com,ikofx,fxopen,
diorang semua ni sah!100% berdaftar dengan bank2 dunia sebagai wakil
pertukaran matawang asing.
tapi,bila sampai tahap ejen sudah,ha..baru boleh cakap dia scam ka tidak
macam juga itu ikofx,mau tengok juga dia punya ejen,kalau pakai syarikat
ada boleh percaya tapi kalau pakai IB,saya syorkan jangan sesekali,sebab kita tidak kenal ini individu punya tebiat..
di malaysia ni cuma ada 4 saja yang boleh percaya
yang setakat yang saya tahu la,walaupun diorang ni baru lagi
sebab saya juga balik2 sudah withdraw ni dgn dorang
liteforexmas.com-(liteforex.org)
fxmalay-(fxopen)
ikofx-(ikofx)
instafxmalaysia-(instaforex)
Biar saya terangkan di sini beberapa perkara. Harap semua dapat mempertimbangkannya sebaik mungkin.
Forexpeacearmy bukanlah reviewer yang telus, kerana pemiliknya Felix memiliki banyak website lain yang menjual signal dan mempromosikan IB. Beliau akan cuba menjatuhkan broker apabila sahaja geng2 Felix ni tidak berpuas hati dengan komisen yang diberikan ataupun broker tidak mahu memberikan komisen kepada mereka bila sahaja mereka memasukkan broker tersebut dalam senarai. Felix juga memiliki pelbagai website untuk managed account. Banyak kes di mana apabila mereka kerugian dan customer marah pada mereka, mereka akan cuba menyalahkan broker pula. Kebanyakan orang putih inda menyukai website FPA ini. Saya lebih suka merujuk laman web lain yang lebih telus berbanding FPA.
Berkenaan komen welter tu, saya buat pembetulan di sini. Liteforex, Insta, IKO bukanlah broker besar. Broker besar adalah seperti FXCM, FxPro, Odl, Alpari, MB, dan ada beberapa lagi. Liteforex, Insta dan UWC dimiliki oleh orang yang sama yang berbangsa Russia. Sama seperti IKO, mereka ini tidak berdaftar, melainkan UWC yang berdaftar di CySEC. FxOpen pula berasal dari Egypt dan mereka sehingga kini tidak menunjukkan lesen pendaftaran mereka. Yang ditunjukkan hanyalah lesen perniagaan.
Mungkin welter perlu memahami bahawa semua broker tidak berdaftar dengan bank dunia. Tiada wujudnya pendaftaran sedemikian. Apa yang berlaku ialah, ada antara mereka ini berdaftar dengan badan masing2, contohnya di Malaysia ini berdaftar dengan BSKL dan BNM untuk mengesahkan dan memberi lesen untuk mereka menjalankan trading. Maka itu, untuk membolehkan mereka beroperasi secara sah, maka mereka perlu mendaftar dan barulah mereka akan menjadi broker yang sah. Seperti yang saya katakan, setiap broker di wajibkan mempamirkan lesen pendaftaran ini dalam apa-apa medium. Jika mereka tidak berupaya mempamerkannya bermakna mereka ini bukanlah broker yang sah. Untuk mencari nombor pendaftaran ini, masuklah dalam About Us mereka dan cari company profile.
Berkenaan IB persendirian, lagi sekali, seperti teguran saya pada geng2 vii dulu, tidak mengapa IB yang teruk, asalkan broker bagus. Kerana broker yang berdaftar tidak membenarkan IBnya memegang wang, seperti yang disyaratkan dalam perlesenan mereka. Jika broker bagus, IB kamu lari, biarlah dia lari inda apa-apa juga tu. Yang bahaya, kalau IB bagus tapi broker pula tidak berdaftar. Kalau tu broker lari, apa yang IB kamu boleh buat?
Withdrawal yang mudah tidak menunjukkan broker tersebut boleh dipercayai atau sah atau bagus. Kamu akan mendapat masalah bila withdrawal kamu menjadi besar nanti. Broker tidak berdaftar terutamanya menghadkan jumlah withdrawal. Manakala broker yang berdaftar pula tiada had pengeluaran kerana mereka perlu mengikut undang2 yang ditetapkan. Pengalaman rakan dalam Insta contohnya amat mengejutkan apabila beliau telah berjaya mendapat USD110k, kemudian apabila ingin withdraw, Insta mensyaratkan wdraw hanya boleh USD1k sehari atau USD5k seminggu. Manakala kawan saya ni dalam dilemma kerana, untuk withdraw setiap hari USD1k, beliau terpaksa membayar caj yang dikenakan Insta dan beliau memerlukan maksimum 110 hari untuk withdraw semua atau kurang kerana caj yang akan dikenakan...
Jadi, saya minta maaf kalau ada yang terasa di sini. Tetapi saya cuba untuk menerangkan kesalah fahaman ramai orang terutama newbie dalam hal2 sebegini...
Salam....