SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Pesanan Pipsrider

Share

pipsrider
Elite Poster
Elite Poster

Pesanan Pipsrider

Post by pipsrider on 5th August 2009, 18:09

First topic message reminder :

Untuk renungan semua TPP, tak kira TPP Semenanjung, TPPS atau TPPL (Labuan).

Aku ada menyebut tentang KEJUJURAN dalam thread di Sabahforex.com. Kenapa?

Sebenarnya kami menemui pelbagai ragam manusia. Ketika kamu semua menghadiri kelas kami mendapat ilmu TPP ini, kami meminta kamu berjanji bahawa TPP tidak akan di berikan kepada orang lain atau diajarkan kepada orang lain, melainkan ianya diajar oleh pemiliknya, aku sendiri dan juga partnerku. Gurka, biarpun salah seorang orang TPP, beliau juga menghormati aku dan setiap kali beliau mahu memeberitahu kamu tentang TPP, beliau terlebih dahulu meminta kebenaran.

Tetapi, kami dapati beberapa perkara seperti di bawah ini :

  • Ada IB lain yang mentradekan akaun orang cuba memujuk ahli TPP untuk mendapatkan TPP ini.
  • Ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuka akaun dan depo, kemudian minta upgradekan akaun di forum fxprima agar mendapat prediction, yang kemudiannya disebarkan kepada orang lain, atau dijual kepada orang lain.
  • Ada juga ahli TPP kini mengajarkan TPP kepada orang lain tanpa kebenaran, malah dalam beberapa forum beliau digelar sifu. Nama TPP telah diubah kepada nama lain.
  • Ada juga ahli TPP yang menjalankan kelas mengajar TPP dengan mengenakan caj.
Aku sebenarnya memerhatikan pekara ini. Malah, seperti dalam perjanjian, kamu dilarang attach apa-apa chart yang mengandungi TPP, kerana TPP adalah satu teknik yang cukup mudah. Sekiranya ia sesusah chart orang lain, mungkin tiada halangan. Tetapi TPP adalah teknik yang cukup mudah dipelajari.

Maka itu, aku Cuma mengharapkan kejujuran kamu semua. Kenapa kami minta anda rahsiakannya? Kerana kami tidak mahu nama TPP menjadi busuk, kerana jika anda menghadiri kelas sekalipun, belum tentu anda memahami 100% TPP ini. Banyak perlu dipelajari.

Maka itu juga, kejujuran itu kami perlukan. Mungkin, kamu kata kamu terpaksa buka akaun bawah fxprima. Tetapi ingatlah, apa yang kami berikan adalah percuma. Tanpa kami pun kamu pasti akan buka akaun juga untuk membolehkan kamu trade. Pada kami, tidak perlulah kamu membayar RM600 menghadiri kelas atau RM5000 untuk lanjutan. Pada aku biarlah duit tersebut kamu jadikan modal untuk trade. Tak perlu membebankan diri mencari duit untuk kelas dan mencari modal untuk trade.

Jadi, kepada TPP, harap peganglah janji tersebut, agar duit
yang anda dapat kelak diberkati. Untuk IB yang cuba memujuk ahli TPP untuk
mendapatkan TPP, nasihat saya, kajilah pasaran dan carilah cara terbaik untuk
mendapatkan keuntungan, jika anda tidak tahu untuk trade, maka, janganlah
tawarkan apa-apa kepada customer anda.

Peace.


uii pip sana pip sini
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pesanan Pipsrider

Post by uii pip sana pip sini on 7th August 2009, 19:59

willardz87 wrote:
Teknik Penjejak Pips... cheers cheers cheers


Embarassed Embarassed Embarassed eee malu eeh sa ne...

Aaaah tia mo kalah. Trading Personality Profile bah tu. Dia pakai EW sama motif juga... tapi geng TPP kreatif, dorang permudahkan supaya sa yg tubal ni nanti sanang paham kalu suda masuk sama durang.

Ahhh tunggu kamurang pipsrider. Nanti sa ada duit grenti ikut sana fxprima. Sikarang,,, aiyah bulum lagi. bru ja kana margin call

fxtransformer
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pesanan Pipsrider

Post by fxtransformer on 8th August 2009, 20:16

uii pip sana pip sini wrote:sa mo juga blajar nie, orang baru bah katakan. TPP tu maksud dia Trading Personality Profile kah? Shocked


http://www.sabahforex.com/team-penjejak-pips-sabah-f10/apa-tu-tpp-t503.htm

Gurka_M16
Elite Poster
Elite Poster

Re: Pesanan Pipsrider

Post by Gurka_M16 on 9th August 2009, 21:27

pipsrider wrote:Untuk renungan semua TPP, tak kira TPP Semenanjung, TPPS atau TPPL (Labuan).

Aku ada menyebut tentang KEJUJURAN dalam thread di Sabahforex.com. Kenapa?

Sebenarnya kami menemui pelbagai ragam manusia. Ketika kamu semua menghadiri kelas kami mendapat ilmu TPP ini, kami meminta kamu berjanji bahawa TPP tidak akan di berikan kepada orang lain atau diajarkan kepada orang lain, melainkan ianya diajar oleh pemiliknya, aku sendiri dan juga partnerku. Gurka, biarpun salah seorang orang TPP, beliau juga menghormati aku dan setiap kali beliau mahu memeberitahu kamu tentang TPP, beliau terlebih dahulu meminta kebenaran.

Tetapi, kami dapati beberapa perkara seperti di bawah ini :

  • Ada IB lain yang mentradekan akaun orang cuba memujuk ahli TPP untuk mendapatkan TPP ini.
  • Ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuka akaun dan depo, kemudian minta upgradekan akaun di forum fxprima agar mendapat prediction, yang kemudiannya disebarkan kepada orang lain, atau dijual kepada orang lain.
  • Ada juga ahli TPP kini mengajarkan TPP kepada orang lain tanpa kebenaran, malah dalam beberapa forum beliau digelar sifu. Nama TPP telah diubah kepada nama lain.
  • Ada juga ahli TPP yang menjalankan kelas mengajar TPP dengan mengenakan caj.
Aku sebenarnya memerhatikan pekara ini. Malah, seperti dalam perjanjian, kamu dilarang attach apa-apa chart yang mengandungi TPP, kerana TPP adalah satu teknik yang cukup mudah. Sekiranya ia sesusah chart orang lain, mungkin tiada halangan. Tetapi TPP adalah teknik yang cukup mudah dipelajari.

Maka itu, aku Cuma mengharapkan kejujuran kamu semua. Kenapa kami minta anda rahsiakannya? Kerana kami tidak mahu nama TPP menjadi busuk, kerana jika anda menghadiri kelas sekalipun, belum tentu anda memahami 100% TPP ini. Banyak perlu dipelajari.

Maka itu juga, kejujuran itu kami perlukan. Mungkin, kamu kata kamu terpaksa buka akaun bawah fxprima. Tetapi ingatlah, apa yang kami berikan adalah percuma. Tanpa kami pun kamu pasti akan buka akaun juga untuk membolehkan kamu trade. Pada kami, tidak perlulah kamu membayar RM600 menghadiri kelas atau RM5000 untuk lanjutan. Pada aku biarlah duit tersebut kamu jadikan modal untuk trade. Tak perlu membebankan diri mencari duit untuk kelas dan mencari modal untuk trade.

Jadi, kepada TPP, harap peganglah janji tersebut, agar duit
yang anda dapat kelak diberkati. Untuk IB yang cuba memujuk ahli TPP untuk
mendapatkan TPP, nasihat saya, kajilah pasaran dan carilah cara terbaik untuk
mendapatkan keuntungan, jika anda tidak tahu untuk trade, maka, janganlah
tawarkan apa-apa kepada customer anda.

Peace.


Salam tuanku,,,,,

Memandangkan perkara di atas tu sudah terjadi,,,,maka sapa-sapa yang terasa tu bleh ubah perangai buruk yang ada,,,,,kita pun bukanya baik betul tapi bepikir la juga siapa yang bagi kita ilmu power selama ni,,,,,bukan juga cerita mengenang budi tapi ni cerita maruah diri sendiri,,,,,

"adakah kita tiada maruah setelah madu diberikan tapi cuka gatah yang kita balaskan,,,,"(c gurka cakap dalam ati pakai bahasa zimbabwe)

Urang bilang ,,,,,,
jangan lupa daratan malar ingat dilautan,,,
tapi kalau lupa juga bekuburlah tiada nisan,,,,,

Walaupun aku suka main-main tapi bab ilmu ni aku tetap ambil serius sebab tu akan menandakan bahawa ada berkat kah tidak hidup kita ni,,,,

Siapa yang terasa aku minta maaf tapi aku cakap ni untuk diri sendiri manalah tau lupa daratan nanti,,,jadi urang fsf bleh ingatkan balik dimana daratan kalau aku sesat,,,,

(susah-susah indik saja tuanku)

GinsukmenM16
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pesanan Pipsrider

Post by GinsukmenM16 on 23rd August 2009, 01:45

salam semua...aku pun org baru masuk gelanggang ni....apa yang piprider cakap memang betul....mana trader yang
yang sudah tidak tepati janji tu...ingat-ingatlah....karang kana sumpah,bukan jadi lasung batu.......jadi hantu.....hahahah.... Laughing

nasy8
Active Poster
Active Poster

Re: Pesanan Pipsrider

Post by nasy8 on 23rd August 2009, 13:00

Saya cadangkan Founder TPP ni sediakan Agreement yg mengikat ahli2 tpp dgn peraturan agar pegang pada janji utk hnya guna teknik itu kpd diri sendiri shj. Atau mgkin kasi COPYRIGHT hakcipta TPP ni agar dilindungi undang2 ke?

Cadangan jer... Very Happy

ema74
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pesanan Pipsrider

Post by ema74 on 23rd August 2009, 13:44

ishh..ishh..sapa kn urang tu...bari supan ehhh...
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 24th May 2012, 07:26