Aku ada menyebut tentang KEJUJURAN dalam thread di Sabahforex.com. Kenapa?
Sebenarnya kami menemui pelbagai ragam manusia. Ketika kamu semua menghadiri kelas kami mendapat ilmu TPP ini, kami meminta kamu berjanji bahawa TPP tidak akan di berikan kepada orang lain atau diajarkan kepada orang lain, melainkan ianya diajar oleh pemiliknya, aku sendiri dan juga partnerku. Gurka, biarpun salah seorang orang TPP, beliau juga menghormati aku dan setiap kali beliau mahu memeberitahu kamu tentang TPP, beliau terlebih dahulu meminta kebenaran.
Tetapi, kami dapati beberapa perkara seperti di bawah ini :
- Ada IB lain yang mentradekan akaun orang cuba memujuk ahli TPP untuk mendapatkan TPP ini.
- Ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuka akaun dan depo, kemudian minta upgradekan akaun di forum fxprima agar mendapat prediction, yang kemudiannya disebarkan kepada orang lain, atau dijual kepada orang lain.
- Ada juga ahli TPP kini mengajarkan TPP kepada orang lain tanpa kebenaran, malah dalam beberapa forum beliau digelar sifu. Nama TPP telah diubah kepada nama lain.
- Ada juga ahli TPP yang menjalankan kelas mengajar TPP dengan mengenakan caj.
Maka itu, aku Cuma mengharapkan kejujuran kamu semua. Kenapa kami minta anda rahsiakannya? Kerana kami tidak mahu nama TPP menjadi busuk, kerana jika anda menghadiri kelas sekalipun, belum tentu anda memahami 100% TPP ini. Banyak perlu dipelajari.
Maka itu juga, kejujuran itu kami perlukan. Mungkin, kamu kata kamu terpaksa buka akaun bawah fxprima. Tetapi ingatlah, apa yang kami berikan adalah percuma. Tanpa kami pun kamu pasti akan buka akaun juga untuk membolehkan kamu trade. Pada kami, tidak perlulah kamu membayar RM600 menghadiri kelas atau RM5000 untuk lanjutan. Pada aku biarlah duit tersebut kamu jadikan modal untuk trade. Tak perlu membebankan diri mencari duit untuk kelas dan mencari modal untuk trade.
Jadi, kepada TPP, harap peganglah janji tersebut, agar duit
yang anda dapat kelak diberkati. Untuk IB yang cuba memujuk ahli TPP untuk
mendapatkan TPP, nasihat saya, kajilah pasaran dan carilah cara terbaik untuk
mendapatkan keuntungan, jika anda tidak tahu untuk trade, maka, janganlah
tawarkan apa-apa kepada customer anda.
Peace.














