by pipsrider on 28th July 2009, 09:51
Salam...
Ini pandangan peribadi aku yg udah lama dalam industri ni....
Candlestick sebenarnya tidak berkesan dalam forex, tetapi ia agak berkesan dalam pasaran saham dan komoditi....tetapi dalam aramaiti, tidak pula boleh pakai ni barang macam dalam komoditi...
hanya beberapa petunjuk dalam TF yang kecil boleh digunakan dalam candlestick, iaitu engulfing dan juga harami. Bentuk kedua ni hampir sama. Tetapi ia sering menunjukkan false signal pula dalam pasaran matawang. Kadangkala Gap juga boleh digunakan tetapi lagi sekali dalam forex, sering menunjukkan false signal. Gap juga amat berbahaya pada hari Isnin, kerana gap yang terbentuk selalunya bukan kerana lonjakan atau junaman harga tetapi kerana broker tutup lebih awal dari pasaran.
Lain, lain seperti hanging man, morning star, hammer, doji, mc hammer, taji dan sebagainya tidak begitu berguna dalam forex. Buka chart dan lihat berapa banyak signal candlestick keluar tetapi tidak menunjukkan arah yang sepatutnya.
Hanya gap, engulfing dan harami (kalau ada halai lagi baik...sebab tak haram...halal..hehehe) yang sedikit sebanyak membantu, tetapi bukanlah sesuatu yang utama. Tetapi dalam pasaran komoditi dan juga saham, candlestick juga boleh dijadikan rujukan, tetapi masih tidak dapat memberikan ketepatan seperti system lain seperti EW, 123 system, fibo dan yang lain...
Itu pandangan saya...