SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Sebab RUGI dalam forex

Share

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 4th July 2009, 11:20

First topic message reminder :

Sekadar kongsi pengalaman.......
Ku tuliskan ... catatan-catatan lama dari buku catatan forex ku yang sudah lusuh tanpa kulit...
Sebab aku RUGI
1. Tamak, nampak macam naik aku terus post buy, tiba candelstik tukar turun aku terus buka sell.
2. Modal kecil tapi nak untung besar ( yang aku kira berapa USD aku dapat hari ini, berapa pips aku dapat tak penting). Sepatutnya berapa pips yang kita dapat secara konsistes sehari yang kita utamakan... sebab USD secara sendirinya akan boleh jadi besar kalau modal kita dah bertambah besar.
3. Tak ada Money Management. guna melabihi 20 % drp modal. Sebaiknya guna saja bawah 10 % atau bawah 5 %.
4. Suka tanggung pips merah yang banyak, sayang bila mau cut loss, ujung2 margin call. Tak tahu pasal SWITCHING... menutup posisi -Ve buka posisi berlawanan kalau kita dah tersalah entry.. SWITCHING hanya dilakukan bila predikasi keuntungan melebihi nilai kerugian yang pertama.
5.Aku sukasangat predict bila market akan turun. Seharusnya tunggu saja kalau trend tengah naik ikuti saja sampai masanya tentu saja dia akan berubah sendiri. ( Trade melawan arah) tak sadar diri yang kita ini cuma traider kecil...
6.Tak fahan tentang konsef forex.
7.Tak ada sifat sabar... menunggu masa sesuai untuk masuk market.
8. Selalu ada rasa balas dendam terhadap market...kalau ketika ini aku loss... aku terus mau cober buka post banyak-banyak guna margin sampai 60 % tatap akaun bagulung lah jawabnya.. Seharusnya:
a. Ketika lost-- Relakan dan pelajari dimana kekurangannya @silapnya
b. Sabar ketika los sama seperti tenang ketika profit.
c. Sabar Menunggu--- tunggu kesempatan terbaik untuk masuk market. kalau yang pertama loss atau kena Stop Los yang kedua perlu berhati2.
e. Jika Los terlalu Besar.... Baik berehat seketika sementara waktu mental kita kembali tenang.@ steddyyyy
9. Mental tak stedyyyy. Selalu Kabak-Kabak umpama baru habis berlari 100 m lawan Si Bolt.
10. Trade tanpa sistem, yang konsisten....

Moga kita semua dapat mengambil iktibar @ pengajaran daripada setiap yang kita lalui. Tanyalah kepada diri sendiri ketika loss ...kenapa kita los? ketika profit ...kenapa kita profit? belajar daripada kesliapan sendiri mahupun pengalaman orang lain.....setiap kesiliapan yang kita lalui akan menjadikan kita lebih kuat... untuk lebih berjaya pada masa depan...... ya... Ilmu lah segala-galanya " ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG BERILMU DALAM BIDANG YANG MEREKA CEBURI... DENGAN ILMU TENTU BOLEH...
Kalau semata-mata bergantung kepada nasib baru dapat pips hijau....aku rasa FOREX bukan tempatnya.
Tak kisah apapun teknik yang anda pakai.... Kita guna TPP kah, Indikah.... atau apa saja yang kita temui... yang penting kita dapat trade dad dapat keuntungan SECARA KONSISTEN. setialah kita dengan sistem trade yang telah kita bangunkan... yang penting ada untung..... tak banyak pun tak apa itu rezeki namanya....asalkan jangan rugi. kalau rugi sikit pun tak apa jua (belajar namanya) asalkan tak rugi banyak


Sampai jumpa lagi...


paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by paraivagas on 17th September 2009, 19:47

kena relax dan fokus ba tu. Smile

jazzmaniac
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by jazzmaniac on 18th September 2009, 00:30

paraivagas wrote:kena relax dan fokus ba tu.


tq bro..mmg salah aku , gph gapah masuk trade..x tgk signal betul2... money management mcm mana?perlukan ikut rule strictly?

jazzmaniac
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by jazzmaniac on 18th September 2009, 00:34

paraivagas wrote:forex ni relax saja
tips berjaya, mesti jajal nda putus asa memorex


banar tu liaw?aku ni belajar pn sorg2,,baru kelmarin aku try forum ani..mudahan dpt pgtahuan dari senior2..start hari anik,,aku akan take easy saja forex..jgn stress,,yg penting setup dan mm yg betul..barulah smangay ba lik

rachel
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by rachel on 18th September 2009, 01:04

sebab rugi?

suda hit target tapi mau lagi....erti kata lain, tamak! musuh utama diri sy.


-------------------------------------------------------------------------------
SILA BACA PERATURAN FORUM

http://ikofx.com?affref=20882011

http://www.fxprima.com/malay/ <----tempat saya belajar Elliot Wave dan Teknik Penjejak Pips(TPP)

sir_eson
Elite Poster
Elite Poster

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by sir_eson on 18th September 2009, 01:23

utk kurangkan ketamakan, ko kana belanja sf trader 3 10 bah itu..

rachel
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by rachel on 18th September 2009, 01:42

hihi, klau 3 10 blh bah hihi Very Happy


-------------------------------------------------------------------------------
SILA BACA PERATURAN FORUM

http://ikofx.com?affref=20882011

http://www.fxprima.com/malay/ <----tempat saya belajar Elliot Wave dan Teknik Penjejak Pips(TPP)

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 18th September 2009, 06:10

jazzmaniac wrote:salam semua..

aku sudah hampir 2 tahun terlibat dgn forex ani..atupun kawan2 yang introduce.tp semua belajar sendiri, beli buku, surf dll..sampai sekarang belum lg ada untung yang konsisten..mcm mana ha?kalau cakap pasal indi, hampir semua suda ku hafal tugas2 nya...bingung ni..boleh tolong komen 2aku ani ka?


Tahniah.....kerana anda masih punya semangat yang membara untuk sukses dalam forex.
Percayalah... kepada diri anda..... sesungguhnya kejayaan semakin hampir dengan diri anda. Tentu sahaja pengalaman hampir dua tahun yang ada pada diri akan mampu menjawab persoalan kenapa sampai saat ini kita masih gagal untuk mendapat pungutan pips yang kurang konsisten.

Ambillah iktibar...daripada pengalaman lalu, dan seringlah bertanya kepada diri anda kenapa ada masanya trade kita mampu memberikan pungutan pips +ve. dan ada masanya kita mendapat pips -ve..... hanya diri kita sendiri yang tahu kenapa?

Semoga terus sukses.

jazzmaniac
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by jazzmaniac on 18th September 2009, 09:17

tq kerana br semangat..yup..i believe forex ini lubuk duit tp dugaan mmg besar..mcm2 buku sudah dibaca, TA jgn ckp lg..da boring dgr...walaubagaimana pun halangn psikologi la aku rasa mnjadi puncanya,,

[b]Biar Untung Sikit Daripada Rugi & Biar Rugi Sikit Daripada Rugi Banyak-

bagus qoute ni..kena pkr sendiri la pas ni
[/b]

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 18th September 2009, 09:47

jazzmaniac wrote:tq kerana br semangat..yup..i believe forex ini lubuk duit tp dugaan mmg besar..mcm2 buku sudah dibaca, TA jgn ckp lg..da boring dgr...walaubagaimana pun halangn psikologi la aku rasa mnjadi puncanya,,

[b]Biar Untung Sikit Daripada Rugi & Biar Rugi Sikit Daripada Rugi Banyak-

bagus qoute ni..kena pkr sendiri la pas ni
[/b]


Andai sahaja anda punya masa terluang... layarilah website belajar forex.com. Aku anggap webiste ni sebagai universiti forex. banyak informasi yang boleh memantapkan lagi ilmu forex kita. Dan hayatilah apa yang diistilahkan sebagai Hunting Fox oleh penulis website ini.

Semoga terus maju

Rungui
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by Rungui on 18th September 2009, 11:52

bagus ini topik... sy newbi, baru beberapa bulan belajar dan demo. sy memang minat dan yakin, forex ini blh tambah $$$ kita. skrang masih nda konsisten. sebab sy selalu kena pip merah
1. Tamak - sudah hit TP tapi hati bilang, pasang post lagi bah sebab cun ni market sekarang (terutama masa market aktif).
2. Nda sabar/yakin - sdh buat analisis (walaupun nda seberapa) then pasang post. Tiba2 si kawan berjoget lumpat2 atas bawah... uinah, trus takut (trus close) ... atau terlalu barani (biar ja tdak cut wlpun semakin byk float)
3. Tidak tenang/tenteram - smpai yg analisis senang2 pun nda tau sudah, trus pasang post walpun terang2 silap. Byk kerja, tidak sukup tidur pun bikin tidak tenang?
4. Mau trade ja - smpai kadang2 againts the market trend. hampir sama mcm tu no. 1.
Sdh buat aku janji ni... nda mo trade selagi tiada pukat sama joran yg bagus atau boleh nampak tu cuaca.... bagus kalau nanti dpt ikan merah, ni tau2 pip merah.
Ubat panadol paling mujarab (utk lah ni ) utk tamak and nda sabar yg ku jumpa setakat ini ialah.... kalau sudah pasang post atau hit TP ialah ... TUTUP PC!!!!.
Bah... korang lagi... yahooooooo...

jazzmaniac
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by jazzmaniac on 18th September 2009, 16:32

Ubat panadol paling mujarab (utk lah ni ) utk tamak and nda sabar yg ku
jumpa setakat ini ialah.... kalau sudah pasang post atau hit TP ialah
... TUTUP PC!!!!.

ok...karang ku cuba

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 25th September 2009, 16:09

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Buat Warga FSF.

Petua menghilangkan rasa bimbang atau tekanan sikologi semasa trede.

Kita kena menerima hakikat bahawa forex boleh membuatkan kita untung dan juga rugi. Yang penting kita tahu berapa sasaran keuntungan setiap kali masuk market begitu juga sebaliknya kita harus bersedia menanggung kerugian andai saja trade kita tak seperti yang kita jangkakan. Yang penting kita dah tahu berapakah kadar kerugian yang sanggup kita tanggung. Contohnya 3 % daripada modal... dan ini terpulanglah kepada diri kita masing-masing...setiap orang mungkin sanggup menanggung kadar kerugian pada kadar yang berbeza-beza hanya diri kita sendiri yang menentukannya.

Semoga terus sukses....

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by paraivagas on 25th September 2009, 17:27

ubat rugi forex ni bgs, set MM (ikut MM), set entry, SL dan TP. off laptop. buat keja lain.


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

moneypips
Elite Poster
Elite Poster

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by moneypips on 26th September 2009, 20:02

paraivagas wrote:ubat rugi forex ni bgs, set MM (ikut MM), set entry, SL dan TP. off laptop. buat keja lain.



Setuju dengan tuan Parai,, setiap entry mesti ada Sl dan tp & MM.

1. SL, jika posison anda hit SL, memang malang tetapi lebih malang jika anda membiarkan posison anda floating dengan harapan floating akan bertukar menjadi profit. Jangan harap kerana keadaan seperti itu jarang berlaku. Dulu sy pun tidak guna sl ni, kerana pada hemat sy, sy tidak kalah selagi sy tidak menutup posison sy yg floating. Mana tahu market tiba2 reverse sampai 400 pips dalam beberapa jam shj. Peh! sakit....

2. TP, perlu jika tidak moh berjaga depan pc, tapi siapa yg tahan duduk depan pc sampai tumbuh ketuat? Jika moh maksimakan profit protek separuh dari profit yg ada dan biarkan ia meneruskan perjalanannya, jika market reverse at least ada juga dalam tangan.

3. MM, pastikan jumlah lot yg di gunakan haruslah sesuai dengan kemampuan margin kita, kiraan selalunya 1:1000. Trade 1 pair shj dalam satu2 masa. Kira risk & reward anda.

Tq,
Moneypips

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 19th October 2009, 18:33

Salam buat member2 FSF.

Semoga prestasi trade kita semakin meningkat....

Untuk dapat rugi dalam forex ni.. sememangnya terlalu mudah...dan selalunya sebagai pendatang baru dalam forex ni terasa susah pula untuk dapat untung secara konsisten. Ada ketikanya trade kita selama 3 hari memang amat bagus tapi malangnya apa yang kita perolehi selama 3 hari hancur dengan mudah pula pada hari ke 4 atau ke 5.

Kenapa ya ? Dimana pula silapnya? Suatu ketika hal ini juga selalu aku hadapi.
Forex kah yang silap ? atau aku kah yang memang mempunyai ilmu yang terlalu cetek tentang forex?

Fikir-fikirkan...

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 30th October 2009, 07:07

Salam...
Semoga sentiasa mengutip pips hijau.

Orang selalu kata 95% trader baru gagal. 95% vs 5% terlalu jauh perbezaan angka itu.
Kalau benar begitu apa pula puncanya?

Apa yang sering berlaku kepada saya.... kalau hari ini aku close 100 pips ... esok lusa sebaliknya pula berlaku. Market kah yang salah? rasanya tidak. Yang salah adalah aku.. mungkin aku masuk market hanya kerana nafsu dan perasaan tamak.. ambil posisi dalam keadaan market yang tidak sesuai dan tidak pasti kemanakah arah market... tapi ambil posisi juga nak harap untung yang lebih-lebih konon.

Harap2 anda taklah buat macam saya ni.

telaga_zam-zam
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by telaga_zam-zam on 30th October 2009, 10:27

RAS wrote:Salam...
Semoga sentiasa mengutip pips hijau.

Orang selalu kata 95% trader baru gagal. 95% vs 5% terlalu jauh perbezaan angka itu.
Kalau benar begitu apa pula puncanya?

Apa yang sering berlaku kepada saya.... kalau hari ini aku close 100 pips ... esok lusa sebaliknya pula berlaku. Market kah yang salah? rasanya tidak. Yang salah adalah aku.. mungkin aku masuk market hanya kerana nafsu dan perasaan tamak.. ambil posisi dalam keadaan market yang tidak sesuai dan tidak pasti kemanakah arah market... tapi ambil posisi juga nak harap untung yang lebih-lebih konon.

Harap2 anda taklah buat macam saya ni.


ooooo........aku tau...
pasal banyak badusa udah...

Waiting_Entry
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by Waiting_Entry on 30th October 2009, 21:44

bagi gua.. faktor paling utama GAGAL dalam forex ni ialah kerana nampak DUITTTTT sebelum adanya ILMUUU...

so.. tamaklah kemudian hari dikala anda sudah mampu menguasai ketamakan itu.. jangan tamak dikala anda belum mengenal erti tamak yang positif.. hihi

zassssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.

razali_pb59047
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by razali_pb59047 on 31st October 2009, 16:23

bagi aku punca rugi dalam forex ni sebab ilmu nda cukup...mental pun nda kuat nampak ja negative terus close so rugi la..haha

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by RAS on 1st November 2009, 22:40

Salam...
Semoga kita sentiasa dalam keadaan tenang dan cukup bersedia bagi memulakan trade pada minggu ini. Walaupun pada hakikatnya saya selalu mengabaikan news semasa trade , namun bagi sahabat-sahabat barangkali baru memulakan trade pada minggu ini terutama bagi yang memulai dengan modal yang agak kecil USD100 - 200 jangan lupa pada minggu ini akan berlaku NFP News pada hari jumaat ( kalau tak silap sayalah) berhati-hatilah.

Apabila kita berbicara tentang kerugian dalam forex ni...ya...memang terlalu mudah untuk kita rugi berbanding untung andai saja kita tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti perniagaan ini.

Bagi saya salah satu faktor yang tak boleh dipandang mudah adalah hal yang berkaitan dengan TREND. Kegagalan kita mengenali TREND akan memberikan impak yang amat besar terhadap psikologi kita. Andai saja kita trade mengikut trend maka akan amanlah posisi kita. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya andai saja posisi kita ternyata melawan trend...maka padah lah yang akan menenti kita.

Keadaan ini tentu sahaja akan memberikan tekanan mental yang amat hebat terhadap diri kita.Untunglah kalau kita masih dapat mengawal emosi kita...dan margin kita masih mampu bertahan selama mana posisi kita tadi melawan trend.... Dalam hal ini MM juga perlu diberi perhatian.

Kenalilah Trend... Agar posisi kita sentiasa dalam keadaan aman.

Waiting_Entry
Happy Camper
Happy Camper

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by Waiting_Entry on 2nd November 2009, 08:32

camne nk kenal trend tu bro?

ema74
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Sebab RUGI dalam forex

Post by ema74 on 2nd November 2009, 16:00

kalau trend motif kita buy, kalau trend corrective kita sell..

  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 8th February 2012, 15:04