SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Share

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by nokurogia on 23rd October 2008, 02:35

Visi boleh didefinisikan sebagai "bagaimanakah imej dan ciri-ciri kejayaan yang ingin dicapai itu kelihatan seperti".

Pertama sekali, kenapa kita perlu ada visi?
Bayangkan kita berada dijalanraya sambil memandu sebuah kereta tanpa sebarang "destinasi". Situasi ini sama seperti "tiada visi".

Jadi salah kah tiada visi?
Jika kita rujuk balik perumpamaan mengenai kereta tanpa destinasi tersebut, suda pasti membuat sesuatu tanpa visi bukanlah salah (seperti kesalahan janayah). Tapi membuat sesuatu tanpa visi betul-betul satu aktiviti yang sia-sia, membazir masa, tidak effektif & tidak bijak.

Jadi apakah kegunaan & baiknya ada visi?
Kegunaan visi boleh dinyatakan dalam pelbagai cara. Tapi di sini saya berminat untuk menyatakan kebaikan & kegunaan visi seperti berikut.

"Visi memperbolehkan kita untuk membentuk persoalan-persoalan seperti what,where,why,who,when &
how yang releven."

"visi juga merupakan sumber kekuatan berterusan bagi sesuatu motivasi. Jika kita kehilangan visi, kita mudah untuk kehilangan motivasi, jika kita kehilangan motivasi maka kita kehilangan kekuatan untuk mengubah atau menghasilkan sesuatu".

=========

Sini saya ingin memberikan sedikit perkongsian kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian mengenai pengalaman dunia forex saya. Saya seperti kebanyakan trader-trader lain, tidak lari dari masalah kerugian, tidak cukup modal, tiada kemahiran kukuh, kekurangan maklumat, konflik masa trading dengan aktiviti lain, kekurangan peralatan diperlukan, bahkan margin call pun pernah & sebagainya.

Tapi selama 3 tahun sejak pertama kali saya mengenal forex dan keputusan masih kurang memberangsangkan, saya masih juga bermain dengan forex. Kenapa? sebab visi saya masih belum berubah. Ini jawapan paling mudah untuk saya berikan.

Visi saya ialah untuk mendapat wang lebih dari cukup. Memang betul wang bukan segala-galanya dalam hidup kita, tapi kita kena wajar disini, dan mengakui yang wang boleh membantu kita dalam pelbagai cara. Oleh itu visi untuk memperolehi wang lebih dari cukup memang penting. Selagi kita menguasai wang dan bukannya wang menguasai kita, isu wang yang banyak bukanlah masalah.

Setiap kali saya melakukan trading yang salah dan mengalami kerugian yang besar mahupun kecil, saya akan berbisik dengan diri sendiri, "biar miskin bulan ni, jangan sampai pencen pun masih tiada duit, itu lagi lah teruk". Maka beginilah saya terus memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk terus kekal di dunia forex. Motivasi tersebut suda pasti diilhamkan oleh visi yang telah saya cipta terlebih dahulu.

Beginilah bagaimana visi boleh menguatkan motivasi kita sebagai trader. Jika anda tiada visi, maka anda perlu mencari satu visi kuat sekarang juga.

wealthy88
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by wealthy88 on 25th October 2008, 05:12

Hidup pasti rancak klu ada misi dan tujuan buat forex ini yg penting belajar buat kajian dan penyakit tamak disingkir terus buat moneym sendiri.

mytusin
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by mytusin on 25th October 2008, 18:52

You got big point there Nokurogia.... Sia setuju abis lah benda tu. Mimanglah, hidup tanpa tujuan bagaikan kapal terbang yang tidak tau mana mo landing.... Shocked

Sebagai guru, sia mimang yakin lah dengan kepentingan mempunyai VISI, IMPIAN, CITA -CITA, MISI, OBJEKTIF, GOAL dan seumpanya dalam kehidupan setiap insan. Sebab mimang itulah yang sia selalu cuba instill kan pada anak2 generasi muda kita ni.

Dengan adanya visi dan kazen-kazennya tu, dengan sendirinya wujud MOTIVASI, FAITH dan KEYAKINAN dalam diri kita. Secara tidak lansung, semua halangan, pancaroba, dugaan yang ada dihadapan sebelum kita mencapai VISI kita tu akan menjadi sesuatu yang remeh temeh sahaja dan tidak akan menjadi sumber alasan mengapa tidak boleh berjaya.

Apapun, VISION is getting to ILLUSION kalau kita cuba mendayung perahu sorang - sorang kan. So, let us stand together, share ideas and pengalaman agar semua boleh berjaya. At the end, Sabah will become a great place to live in. (if not, the WORLD) Very Happy

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by nokurogia on 1st November 2008, 01:40

"VISION is getting to ILLUSION kalau kita
cuba mendayung perahu sorang - sorang ... "

Kebetulan saya pun sedang terfikir pasal idea synergy... Synergy ni bole diumpamakan sebagai 1+1=3. Kalau kita berkerjasama, kita dapat lebih dari kita berkerja masing2. Macam mana cara berkerjasama?.. ini sangat banyak benda bole dibincangkan ni.. Smile

anyway... stay tune.. hehe...

wealthy88
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by wealthy88 on 22nd March 2009, 20:33

Very Happy Dunia FX juga adalah sama dengan mana-mana perniagaan di luar sana. Cuma dalam perniagaan ini nampak mudah dan senang kerana kita hanya perlu melakukan urusan jualan atau belian sahaja. Dan mungkin dalam masa 30 minit atau kurang seseorang itu telah menjana wang yang cukup lumayan. Itu adalah fakta. Dan faktanya juga seseorang itu boleh kehilangan wang dalam masa 30 minit atau kurang. Antara fakta atau tips yang boleh dikongsikan di sini ialah : 1- Jangan abaikan TIGA perkara utama jika ingin berjaya dalam perniagaan ini iaitu mempunyan Pelan Dagangan yang kita yakini dan fahami, mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi dan melakukan pengurusan wang dengan berhemah jika ingin bertahan lama dan meningkatkan jumlah akaun. 2- Trader FX bukan hanya melibatkan sistem atau kecanggihan Pelan Dagangan semata-mata tetapi pengurusan diri kita sebagai pedagang seperti tahap kesihatan, pemakanan, kerohanian, motivasi diri dan sebagainya yang melibatkan diri kita sendiri. Peringkat awal memang kita banyak masa dihabiskan untuk mengkaji sesuatu sistem urus niaga tetapi selepas itu jangan abaikan langsung tentang penjagaan diri kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan sistem tersebut. 3- Ilmu sudah ada dalam diri cuma pandangan kita dikaburi oleh masalah dalaman diri sendiri atau pun "underlying structure" diri kita sebagai pedagang seperti kekuatan emosi, mental, disiplin dan sebagainya.Seperti yang terkandung dalam buku Trading Chaos, kita kenali diri kita sebenarnya, barulah kita wajar mengenali pasaran atau sistem yang kita ingin kuasai. Antara kita memang berbeza pemahaman dan pengalaman, walaupun sama-sama menggunakan sistem yang sama. Itu bukan persoalannya, yang penting bagaimana kita nak sesuaikan sistem tersebut dengan kemampuan diri kita sendiri. 4- Rajin-rajinlah untuk membaca apa-apa bahan berkaitan seperti buku atau ebook berkaitan pelan dagangan yang kita gunakan dan juga buku-buku ilmiah yang lain seperti bahan bacaan keagamaan dan motivasi diri. Walaupun nampak tiada kaitan dengan Forex tetapi ia akan memberi sesuatu inspirasi kepada kita. 5- Sebagai pedagang forex juga, dicadangkan kita mempunyai rakan-rakan atau kumpulan yang boleh kita kongsikan tentang pelan dagangan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia urus niaga ini. Adakalanya kita akan menjadi manusia yang keliru atau putus asa kerana kegagalan urus niaga. Tugas rakan-rakan ialah untuk memberi sokongan untuk kekuatan semangat kita. 6- Kita juga perlu sedar untuk berjaya dalam apa bidang sekali pun ia bukanlah mudah dan menggunakan jalan pintas. Oleh itu, kita mulakan dari satu langkah ke satu langkah yang lain mengikut urutannya. Ini juga dapat mengatasi sikap tamak dalam diri dan dapat elakkan sikap terlalu yakin dan boleh menyebabkan kita tergolek dalam urus niaga. 7- Setiap klik 'entry' , kita perlu analisa terlebih dahulu sama ada ia bertepatan dengan 'setup' sistem urus niaga kita guna. Di sinilah kunci disiplin memainkan peranannya. Jika kita memaksa diri untuk 'entry position' bermakna kita sengaja menempah musibah kerana pasaran akan menunjukkan dirinya untuk kita berurus niaga atau duduk diam-diam. 8- Elakkkan diri untuk mengadap chart terlalu lama untuk mencari titik 'entry' jika pasaran dalam situasi tidak mengizinkan dengan sistem yang kita gunakan. 9- Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika kita dalam kesibukan dengan tugasan lain. Ini akan mendatangkan mudarat kerana setiap posisi yang kita masuk memerlukan fokus yang sebaik-baiknya kerana setiap pips itu adalah wang kita. 10- Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika situasi emosi dan psikologi kita terganggu seperti terlalu letih,mengantuk, berselisih faham dengan seseorang atau dan sewaktu dengannya. Sepuluh perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman yang dikutip oleh saya sepanjang menjadi pedagang forex ini. Walaupun masih belajar untuk berdagang, diharapkan dengan panduan di atas, kita sama-sama sukses dalam perniagaan penuh warna ini.








Koperasi Temasa Berhad
Active Poster
Active Poster

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by Koperasi Temasa Berhad on 22nd March 2009, 21:18

Visi terlalu luas...dan makan tempoh lima tahun...tapi yg penting adalah MISI....dan objektif.....bila ada dua benda tu barulah kita buat VISI....

kimut
Elite Poster
Elite Poster

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by kimut on 23rd March 2009, 06:34

betul tu KTB..ada misi dan objektif dulu baru buat Visi..
yang penting MM kena jaga..

yeokok_nanacey
Happy Camper
Happy Camper

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by yeokok_nanacey on 9th April 2009, 14:28

Visi saya ialah untuk mendapat wang lebih dari cukup. Memang betul wang
bukan segala-galanya dalam hidup kita, tapi kita kena wajar disini, dan
mengakui yang wang boleh membantu kita dalam pelbagai cara. Oleh itu
visi untuk memperolehi wang lebih dari cukup memang penting. Selagi
kita menguasai wang dan bukannya wang menguasai kita, isu wang yang
banyak bukanlah masalah.


sa suka wang..sa cinta wang..kerana wang, sa boleh beli apa yg sa suka..tanpa wang sa cuma bole berangan untuk mendapatkan apa yg sa suka..maka 'WANG' adalah satu aset yg paling penting dalam hidup.....bukan untuk saya sahaja tp untuk semua..sa percaya kamu semua jg mengharapkan punyai banyak wang..yg mn kamu tidak merasa risau setiap hari memikirkan apa yg kamu nk lakukan....

namun....kerana kelalaian wang jg boleh membunuh perasaan kita, boleh merusakkan pelbagai suasana juga boleh mengaibkan diri kita....

jadi, xsalah jika kita mempunyai VISI mendapatkan wang yg banyak...ia adalah sesuatu yg baik kerana kita dapat mendisiplinkan diri kita untuk mendapatkan wang dgn cara yg 'selamat n sihat'..cuma 'JANGAN LALAI' untuk mencari wang..

bagi saya, VISI sa adalah untuk terus maju ke hadapan, mengalahkan mereka2 yg telah maju, membuat mereka berbangga dgn diri saya..n paling penting sa ingin sentiasa menjadi diri sa yg mana sa tidak memerlukan 'mereka' untuk mengubah cara saya.....maka di situ setiap apa yg sa lakukan...adanya 'org' yg berminat untuk mengikutinya....bukan nya sa hendak menjadi idola tetapi sa nk apa yg sa buat...menjadi panduan n contoh kepada mereka2 yg berminat..

mudah2an setiap apa yg sa lakukan di redhai oleh'NYA'..amin

Sanyota
Happy Camper
Happy Camper

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by Sanyota on 9th April 2009, 19:07

sa suka wang:-
i. wangian
ii. bawang
iii. pawang
iv. sawang
v. pekan kawang dan rawang
vi. si awang
dan yang paling penting




WANG BASYAL, WANG BASYAL, WANG BASYAL

kjanghyuk
Happy Camper
Happy Camper

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by kjanghyuk on 9th April 2009, 21:08

Sanyota wrote:sa suka wang:-
i. wangian
ii. bawang
iii. pawang
iv. sawang
v. pekan kawang dan rawang
vi. si awang
dan yang paling penting




WANG BASYAL, WANG BASYAL, WANG BASYAL


bah sanyota...ko ikut tu roda impian...hahaha wang basyal, wang basyal...... cheers

yeokok_nanacey
Happy Camper
Happy Camper

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by yeokok_nanacey on 9th April 2009, 23:37

hurmmmmmmmm

rachel
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by rachel on 10th April 2009, 01:45

kjanghyuk wrote:
Sanyota wrote:sa suka wang:-
i. wangian
ii. bawang
iii. pawang
iv. sawang
v. pekan kawang dan rawang
vi. si awang
dan yang paling penting




WANG BASYAL, WANG BASYAL, WANG BASYAL


bah sanyota...ko ikut tu roda impian...hahaha wang basyal, wang basyal...... cheers



hahahaha lucu korg ni


-------------------------------------------------------------------------------
SILA BACA PERATURAN FORUM

http://ikofx.com?affref=20882011

http://www.fxprima.com/malay/ <----tempat saya belajar Elliot Wave dan Teknik Penjejak Pips(TPP)

Sanyota
Happy Camper
Happy Camper

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by Sanyota on 13th April 2009, 12:43

Very Happy misi sa adalah untuk mencapai visi sa iaitu utk menjana Wang Basyal.

Smile Wang bermaksud duit, usin, tusin, money yg berbentuk pepejal sama ada kertas atau pun logam.

Laughing Basyal bermaksud besar, basar, big, agayoh dll yg disebut oleh salah seorang peserta roda impian suatu ketika dulu. hahaha...

p/s: paragraph pertama ja valid, k. yg kedua dan ketiga tu tokok tambah

hehehe...

yeokok_nanacey
Happy Camper
Happy Camper

Re: Jika anda tiada "visi", anda pasti tidak berjaya

Post by yeokok_nanacey on 13th April 2009, 13:40

baa..semoga berjaya... Very Happy
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 24th May 2012, 06:25