by ae_sfy on 4th April 2009, 09:06
Winpips ni macam2 versi dikeluarkan. Versi2 ini berbeza dari segi indikator dan setting. Traders kena pastikan mana satu yg sesuai bagi mereka.
Keluaran yg terkini menggunakan indikator2 .ex4 tambahan.
Rules bagi Winpips sebenarnya mudah sahaja. Sama juga seperti mana-mana sistem yg dijual. Tapi tetap ada orang loss (macam saya). Ini sebab peranan 'SISTEM' hanya 10% sahaja dalam FOREX. Yg lain tu termasuk - Emosi, Ilmu, Money Management, dll.
Sistem Winpips hendaklah digabungkan dengan ilmu yang lain untuk berjaya. Bagi traders yang memiliki sistem ini dan ingin faham macam mana mau menggunakannya dengan lebih efektif boleh layari http://fwabersamadon.blogspot.com/. Dalam blog ini banyak ilmu yang dapat kita manfaatkan.
Secara ringkas, pengunaan Winpips sahaja tidak berkesan untuk berjaya. Traders juga kena melengkapkan diri dengan pengetahuan yang lain. Ikut nasihat yang selalu diperkatakan dalam dunia FOREX. Contohnya, kita selalu dengar ramai trader berkata 'Trade with the Trend'. Walaupun boleh trade melawan trend, tetapi penerimaan umum dan pilihan yang lebih selamat adalah untuk mengikuti arahnya.
Jangan membuat analisa berdasarkan indikator semata-mata. Sesungguhnya indikator kebanyakkannya adalah 'lagging'. Pergerakkan 'Harga (Price)' yang menentukan sifat sesuatu indikator dan bukan sebaliknya.
Memang ada traders yang menggunakan Winpips yang berjaya dan ada juga yang gagal. Yang berjaya tu, tidak semestinya berada dalam forum ni ataupun mereka tidak mahu memberikan komen. Mungkin mau low profile kan?
