Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua kawan2 trader yang join SFx ini.
Pada mulanya, sy tak pernah terfikir untuk membuat forum sabah forex ini. Dulu sebelum adanya sabah forex ini, sy selalu masuk forum2 lain di malaysia ini. Pertama sekali yang sy cuba cari dalam forum yg sy masuk tu ialah bahagian thread forex. Kebanyakan forum yang baik dalam membincangkan forex ini cuma ada di luar malaysia contohnya, forexfactory dll. Di Malaysia pula, ada beberapa forum yg membincangkan tentang forex. Contohnya, carigold, nogold, wangcyber dll.
Lama kelamaan, sy terfikir untuk cari atau mahu join forum dr sabah yang membincangkan forex. Pertama sekali saya masuk sabah forum, tapi malangnya sabah forum bukannya membincangkan tentang forex walaupun ada topik tentang forex disana. Tetapi kebanyakan org yg membuka thread tentang forex di sabah forum cuma mahu memberitahu kehebatan mereka trading dalam forex dan juga cuma mahu menjual produk forex sahaja. Tapi semua itu baik, cuma sy tak puas hati apabila tak ada forum yg khas dari sabah yang cuba berkongsi dan berbincang tentang forex ini secara telus dan terbuka. Apabila hal ini sy alami, sy mula cuba2 membuka thread tentang forex di mana2 forum yang ada di sabah. Tetapi masih tak ada apa-apa sambutan dr para trader. Sy sebenarnya rasa seperti tak ada kawan yg boleh diajak untuk berbincang tentang forex ini di forum2 yg sy join.
Maka oleh kerana semua ini, sy pun buat saja SFx ini. Saat sy memulakan buat SFx ini, sy tahu bahawa tak akan lebih 10 org sabahan yang mahu join forum ini. Tetapi pada hari ini sudah 12 orang yang join FSF ini. Terima kasih kepada semua kawan2 trader yang join FSF ini. Tidak Lupa kpd kawan forex saya yang paling lama sy kenal dalam forex ini iaitu nokurogia. Nokurogia benar2 seorang trader dr sabahan yg mempunyai pemikiran yang begitu luarbiasa. Nokurogia, Terima Kasih dgn semua perkongsian ilmu forex ko.
Untuk kawan2 baru SFx ini... SFx ini adalah forum forex khas untuk sabahan. Sy harap forum ini menjadi pusat ilmu forex dan menjadi tempat perkongsian semua tentang forex. Mari kita majukan diri seluruh sabahan trader.
Salam Pips Dari Paraivagas
Last edited by paraivagas on 26th September 2010, 13:27; edited 1 time in total













