by pipsrider on 29th October 2009, 10:27
Ada tu live trading, tapi market tutup masa tu...

....jangan marah ah...gurau ba..
Ok, ni soalan yg biasa kami terima...dan inda salah bah bertanya. Sebab kami faham juga bah ramai trader yg ada adalah trader yg menggunakan indikator. Bila guna indikator, maka perlulah ada live trading untuk melihat pergerakan indikator. Kenapa jadi begini, kerana indikator inda dapat tunjukkan trend.
Satu perkara lagi ialah, indi adalah average pergerakan pasaran, maka itu proses indi perlu mendapatkan average pergerakan dalam satu2 masa. Ini menyebabkan ianya lagging dan perlu menunggu dan mengejar market. Bila habisnya satu candle, contohnya H1, bila habis satu candle yg mewakili 1 jam, belum tentu indi kamu sudah bagi average, kerana ia bergantung lagi kepada setting kamu. Ini menyebabkan kelas forex yg menggunakan indi perlu live untuk menunjukkan pergerakan indi mereka.
Memang biasa bagi kelas yg menggunakan indi akan menunjukkan back testing mereka. Chart akan di drag ke belakang untuk mencari 'the best' situation yg indi mereka boleh tunjukkan. Ini selalu ditunjukkan kepada kami. Dan bagi kami it is normal dan tak ada salahnya....
Kelas indi juga biasanya akan menumpukan satu atau dua pair sahaja, juga dalam TF yg ditetapkan. Ini juga normal, kerana setting indi itu sendiri.
Tetapi, ini berbeza dengan org yang menggunakan EW. Kita akan melihat dari satu TF ke satu TF dan juga pelbagai currency. Ini kerana EW itu universal, begitu juga TPP kerana TPP berasaskan EW. Dan kita akan melihat kepada "apa yang berlaku sekarang dan apa yang akan berlaku dihadapan" kita. Sebab tu analisis kita akan menjurus kepada TF berbeza-beza, untuk melihat kepada trend semasa. Ini akan memberikan satu pengalaman berbeza kepada mereka yg menggunakan indi...