SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

Lawak pendek 5 5 2
  • Post new topic
  • Reply to topic

Lawak pendek

Share

beaufort
Happy Camper
Happy Camper

Lawak pendek

Post by beaufort on 25th March 2009, 09:29

First topic message reminder :

MIZI: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
NARU: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

YASRUL: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
FAIZAL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

JAAN: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
KHALID: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

DINO: Semalam aku nampak hantu!
ZURAIMI: Uih! kau terkejut tak?
DINO: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
ZURAIMI: Mana kau tahu?
DINO: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

MIZI: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
NARU: Gula dah habis!
MIZI: Yang kau pergi campur garam apasal?
NARU:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

YASRUL: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
FAIZAL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

KHALID: Aku ada AIDS? mana ada...
JAAN: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...

------------------------------------------------------

DINO: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
ZURAIMI: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

MIZI: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
NARU: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


crazy_beautiful
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Lawak pendek

Post by crazy_beautiful on 5th June 2009, 12:03

DILARANG BERENANG

Seorang gadis berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu
sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk
terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat
persembunyiannya, ‘Wahai Cik Adik! Tak dibenarkan berenanglah! Cik Adik
tidak dibenarkan berenang dalam kolam ni!’
Gadis tersebut
tergesa-gesa mengambil pakaiannya. ‘Kenapa tak larang saya sejak tadi,
sebelum saya menanggalkan pakaian?’ soal gadis tersebut.
‘Memanglah,
kat sini tak dibenarkan berenang, tetapi Cik Adik tak dilarang untuk
tanggalkan pakaian,’ jawab pemilik dusun dengan selamba.

moneypips
Elite Poster
Elite Poster

Re: Lawak pendek

Post by moneypips on 5th June 2009, 14:24

hak..hak...hak..hak.. amik kesempatan lah tu tingu perempuan telanjang...

willardz87
Happy Camper
Happy Camper

Re: Lawak pendek

Post by willardz87 on 6th June 2009, 11:32

beaufort wrote:mari kita baca nie kisah..mula2 sa nda paham..wahahha...

TAJUK:ALAHAI TAN SRI

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka,
susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita
tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn
abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu
berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang
dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali
tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang
ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang
beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak
dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung
cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah
bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan
maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si
suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si
suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa
doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa
bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan
maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan
Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang,
ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang
perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...


Perhatian:Nama2 dalam cerita ni adalah rekaan semata2..nada kena mengena sama yang idup,palagi yang sudah nada..

peace Very Happy


248 org??? Hehehehehe..... bounce bounce bounce

willardz87
Happy Camper
Happy Camper

Re: Lawak pendek

Post by willardz87 on 6th June 2009, 11:37

fonsus wrote:cuba kamu p tgk ni... lepas tu kamu bagi komen... http://www.youtube.com/watch?v=wRFr_ZYp0Oo
ada sedikit kelucuan sy nampak....

Kasian ni budak...walaupun dia bgitu..
tapi jgn la sampai p rakam pastu upload d utube...
Yg merakam hapy tapi apa prasaan tu bapa mama budak klu nampak anak dia kana kasi main2 kan... Sad Sad Sad

jules
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Lawak pendek

Post by jules on 1st August 2009, 16:33

ini cerita tiada kena mengena dgn org yg masih hidup, suda mati atau yg aktif memorex..

ada seorang lelaki yg suka pigi rumah pelacuran, kira dia punya hobi. satu hari dia pun rasa menyesal dan bertaubat..nda lama lepas tu dia pun kawin atas pilihan keluarga nya..
pada malam pertama, pasangan ni pun melayari bahtera dengan mantapnya.. selepas selesai si suami pun berkata, ''bagus servisnya, duit saya simpan atas meja ya''. (oleh kerana hobi lamanya dia pun terlanjur cakap) sambil mukanya pucat takut kedapatan.. tiba-tiba si isteri pun menjawab, ''terima kasih aah, nanti ko datang sini lagi ya''... affraid

jules
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Lawak pendek

Post by jules on 1st August 2009, 16:47

ini crita tentang pekerja asing..

ada dua org indon yg berasal dari kampung (sana pisuk2).. dorg ni datang malaysia pun kerja sana estate sbb teda dokumen..5 tahun berlalu, si A suda cukup kumpul duit n mau balik kampung tpi si B blum lagi ckup duit dia,beli tiket pun nda dapat..
pada satu hari si A mau balik indon suda, jadi si B bagi pesan, '' teman jgn lupa pesan sama ibuku,kirimkan uwang ya. aku juga mau balik kg''. ''baiklah teman, aku tida akan lupa'' jwb si B.
sepanjang malam si B balik2 dia pesan sama kwn dia.
Besok pagi, si B antarlah kwn dia sampai jeti..pun masih lagi dia cakap ''teman jgn lupa ya, pesan dgn ibuku...'' sampailah masa kwn dia di atas kapal mau belayar pun masih lagi si B ni beteriak'' TEMAN JGN LUPA, PESAN DGN IBUKU YA!!!''..balik2 dia beteriak sambil lambai2 tangan dia Mad ..
kebetulan sbelah dia ada ni org putih smbil bawa teropong.oleh sebab ni org putih hairan n kesian, dia pun kasi pinjam tu teropong.
Si B pun ambil tu teropong n tinguk. dia nampak kwn dia si A dkt saja ..si B pun senyum Smile lalu dia pun bebisik.'' teman jgn lupa ya, pesan dgn ibuku kirimkn wang''....

sinukab
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Lawak pendek

Post by sinukab on 2nd August 2009, 19:12

jules wrote:ini cerita tiada kena mengena dgn org yg masih hidup, suda mati atau yg aktif memorex..

ada seorang lelaki yg suka pigi rumah pelacuran, kira dia punya hobi. satu hari dia pun rasa menyesal dan bertaubat..nda lama lepas tu dia pun kawin atas pilihan keluarga nya..
pada malam pertama, pasangan ni pun melayari bahtera dengan mantapnya.. selepas selesai si suami pun berkata, ''bagus servisnya, duit saya simpan atas meja ya''. (oleh kerana hobi lamanya dia pun terlanjur cakap) sambil mukanya pucat takut kedapatan.. tiba-tiba si isteri pun menjawab, ''terima kasih aah, nanti ko datang sini lagi ya''... affraid

haha rupanya si isteri ni pun ada hobi yg sama.. hihi


-------------------------------------------------------------------------------

sinukab
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Lawak pendek

Post by sinukab on 23rd August 2009, 11:02

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter..
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan,jam 1 Penang,jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.


-------------------------------------------------------------------------------

willardz87
Happy Camper
Happy Camper

Re: Lawak pendek

Post by willardz87 on 23rd August 2009, 11:04

SinukabFX wrote:Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter..
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan,jam 1 Penang,jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.


Kuang...Kuang...Kuang...Hahaha....

sinukab
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Lawak pendek

Post by sinukab on 31st August 2009, 09:27

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah


-------------------------------------------------------------------------------

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Lawak pendek

Post by paraivagas on 31st August 2009, 13:03

kana kasi tapuk ba tu gula tu keke


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

rachel
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Lawak pendek

Post by rachel on 31st August 2009, 13:20

sekarang pun gula ndak cukup hehe


-------------------------------------------------------------------------------
SILA BACA PERATURAN FORUM

http://ikofx.com?affref=20882011

http://www.fxprima.com/malay/ <----tempat saya belajar Elliot Wave dan Teknik Penjejak Pips(TPP)

mil75
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Lawak pendek

Post by mil75 on 1st September 2009, 03:40

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan
Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari
perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta
lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu
itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan
di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati
tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan
oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang
pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu
)

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala
disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan
"ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai
mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah
sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

rachel
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Lawak pendek

Post by rachel on 10th July 2010, 00:18

FInal World CUp hehehe



-------------------------------------------------------------------------------
SILA BACA PERATURAN FORUM

http://ikofx.com?affref=20882011

http://www.fxprima.com/malay/ <----tempat saya belajar Elliot Wave dan Teknik Penjejak Pips(TPP)

Koperasi Temasa Berhad
Active Poster
Active Poster

Re: Lawak pendek

Post by Koperasi Temasa Berhad on 10th July 2010, 01:50

kalau c sotong kurita ni boleh meramal pair mana yg bagus utk trade bagus juga bah kan...

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Lawak pendek

Post by paraivagas on 10th July 2010, 08:48

hahaha...


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

AaronHiew
Elite Poster
Elite Poster

Re: Lawak pendek

Post by AaronHiew on 10th July 2010, 15:38

Hehehe, siok jg lawak kamurang bro...

gumpil
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Lawak pendek

Post by gumpil on 15th July 2010, 17:06

rachel wrote:FInal World CUp hehehe



Mana sudah ni sotong, mau order tilik mana pair yang bagus nie..

Rodriguez
Happy Camper
Happy Camper

Re: Lawak pendek

Post by Rodriguez on 16th July 2010, 21:40

I suggest this tread being remove coz it is not contribute to forex idea...

rachel
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Lawak pendek

Post by rachel on 18th July 2010, 20:38

Rodriguez wrote:I suggest this tread being remove coz it is not contribute to forex idea...


relax my friend Smile
ruangan ni di bawah 'fsf relax' Smile


-------------------------------------------------------------------------------
SILA BACA PERATURAN FORUM

http://ikofx.com?affref=20882011

http://www.fxprima.com/malay/ <----tempat saya belajar Elliot Wave dan Teknik Penjejak Pips(TPP)
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 24th May 2012, 04:24