MIZI: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
NARU: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
------------------------------------------------------
YASRUL: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
FAIZAL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
------------------------------------------------------
JAAN: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
KHALID: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------
DINO: Semalam aku nampak hantu!
ZURAIMI: Uih! kau terkejut tak?
DINO: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
ZURAIMI: Mana kau tahu?
DINO: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
------------------------------------------------------
MIZI: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
NARU: Gula dah habis!
MIZI: Yang kau pergi campur garam apasal?
NARU:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
------------------------------------------------------
YASRUL: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
FAIZAL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------
KHALID: Aku ada AIDS? mana ada...
JAAN: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
------------------------------------------------------
DINO: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
ZURAIMI: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
------------------------------------------------------
MIZI: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
NARU: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"









"



