by moneypips on 3rd November 2010, 23:36
haha.. rilek kamu tuan2. Apa yang tuan2 katakan: Kita fokuskan pada penjanaan wang dengan forex melalui teknik dan cara bagaimana boleh menghasilkan lebih pips setiap hari dan mengurangkan risiko kerugian.
dan
dlu trading dgn telex through "broker" & kbykn nya mjalankan "undertable trading".
Memang saya setujuh. forex cara manual memang sudah lama wujud di malaysia. Yang saya mahu tahu forex online.
Namun harus di ingat kecairannya tidak sama dengan berdagang forex secara online. Yang saya maksudkan di sini adalah forex secara online. Isu basi atau tidak, ini bergantung kepada bagaimana kita melihat perkara ini dapat membantu generasi baru yg mahu menceburi perniagaan forex. Sebagaimana yang saya katakan ada di antara sifu2 kononnya sudah 10 tahun dalam forex walhal pengalaman forex online dan manual tidaklah 100% sama. dalam forex online kita boleh saja kehabisan wang dalam masa beberapa jam jika tiada knowledge yang cukup. Apa yang sy minta hanyalah maklumat forex online di malaysia jika kamu ada. Itu sahaja! Jika kita concern terhadap bangsa kita khususnya orang sabah dan mereka yang mahu menceburi perniagaan ini maka tidak salah dan tidak perna basi untuk kita memberi maklumat. Supaya mereka tidak terpedaya atau tertipu dengan org2 tertentu yang senang2 cakap telah berpengalaman belasan tahun dalam forex online. Maklumlah ramai sangat sekarang yang mengaku pandai dalam forex, mengaku sifu.. buat promosi kaw2,buat kelas, ajar teknik yg dia sendiri tidak pakai(contoh ajar entry persilangan ma, tapi dia sendiri trade scalping. cakap pengalaman gila2, bila murid call x jawap, sms x jawap, email pun x jawap. fikirkan maklumat basi ini mungkin dapat menyelamatkan ramai orang2 kita dari tertipu. Saya seorang trader dan saya tidak mahu suatu hari nanti sy tidak berpeluang lagi untuk menjana pendapatan dari forex jika kerajaan menyekat forex di malaysia kerana terlalu banyak penipuan. Saya tidak perna cakap untuk membahas perkara ini selain dari maklumat yg di perlukan. Bukan untuk kepentingan saya tapi juga untuk semua orang! Hanya jika kamu ada maklumat ini tidak salah untuk share.
Baiklah.. ini setakat yg saya tahu. Titik tolak kemasukkan forex cara online harus dilihat bila perkhidmatan internet di perkenalkan oleh kerajaan malaysia.Perkhidmatan internet pertama di perkenalkan oleh kerajaan adalah pada tahun 1990 iaitu selepas projek RANGKOM dengan kelajuan hanya 1.5mbps.Ia adalah perkhidmatan JARING. Pada masa ini teknologi komputer pun tidak canggi seperti sekarang. Statistik menunjukkan hanya seramai 27 organisasi dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992 & Lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Pada saat ini wajarkah untuk kita di katakan forex online telah wujud di malaysia pada masa itu. Pada tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat. Sedang metatrader yg sangat popular itu hanya dapat di sempurnakan dan di gunakan pada tahun 2002. Jadi berhati2lah kepada yang baru dalam forex jangan mudah terpedaya!
Sy harap tuan2 juga faham apa maksud saya sekarang. Sy tidak akan mengulas apa2 lagi tentang perkara ini di thread ini. Sebabnya ini tempat untuk memperkenalkan diri. Kalau di tempat lain buleh lah...