SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex 5 5 1
  • Post new topic
  • Reply to topic

Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Share

Tajul
The Quiet Type
The Quiet Type

Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Post by Tajul on 13th March 2009, 23:12

First topic message reminder :

Wahai kawan kawan semua, disini saya ingin berkongsi pengalaman saya selama ??? tahun dalam FOREX Trading.
Bagaimana aku mengenal FOREX? aku pun tak tahu macam mana nak mulakan kisah aku ni......Hmmmm...Ok begini sebenarnya aku mengenal forex setelah aku kecewa dgn skim cepat kaya beberapa tahun yang lalu...seperti E-Berrel,EURO dan macam macam lagi aku pun dah tak ingat dah ...beribu jugak duit aku habis dalam skim tu.
Pada suatu hari sewaktu aku surfing internet aku terjumpa website tentang FOREX, aku terus membaca website tersebut. Aku begitu teruja dgn FOREX ketika itu.
Dalam waktu yang sama aku ada bertanya kawan kawan aku mengenai FOREX, ada yang mengatakan FOREX tu skim cepat kaya ,ada yang cakap haram disisi ugama islam...dan bermacam macam lagi.....Selepas tu tumbuh kursus FOREX ....macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kelas Ustaz Sobri, Kelas Kuasa Forex dan macam macam lagi. Semua dikena bayaran dengan harga yang mahal...pada waktu itu.
Untuk pengetahuan kawan kawan aku tak pernah pergi mana mana kursus FOREX. hingga saat ini.Aku cuma belajar melalui Mr.Google & You Tube..Satu persatu mengenai forex aku belajar melalui internet dan juga melalui forum.
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menguasai FOREX. Broker paling awal yang aku masuk ialah MV. Pada masa tu MV paling top.Aku pun mula deengan trading melalui DEMO, bila aku test di DEMO ...huhhh semuanya profit.Dengan penuh keyakinan aku pun membuat deposit...pada masa tu aku guna egold tapi sekarang egold pun dah kena cekup. Selepas tu kawan memperkenalkan aku guna paltform MT4. Broker kedua aku Fxopen ....hingalah sekarang aku masih mengguna platform Fxopen. Dan juga FDD.
Pada peringkat awal aku bertrading memang selalu jugak aku dicium oleh macik Marginah.Tapiaku tak putus asa aku bertanya dgn kawan kawan aku di forum selepas tu berlambak jugak aku dapat ebook free dan jugak indicator free.Dan juga berbagai sistem aku diperkenalkan oleh kawan aku.Selepas tu aku di perkenalkan dgn EA atau Robot...pada waktu itu aku tak tau langsung apa itu Robot. Kawan aku cakap bagus ....tak payah monitor selalu. Tapi aku tak yakin...bila aku test di DEMO semua ok. Tapi bila test kat REAL hancusssssss.....Aku jugak ada menggunakan sistem kuasa forex,sistem ustaz sobri dan juga pelabagai indicator. Tapi masih lagi aku kena cium dengan macik Marginah.
Pada akhirnya...aku diperkenalkan breakout sistem & cara mengguna Fibonacci Retracement,Trendline dan juga Candle stick Pattern.Alhamdulillah hingga ke hari ini aku berjaya profit...setiap hari aku take profit 30 pip atau 100 pip.Kalau market tak bagus aku tak masuk...kalau masuk pun, aku trade 1 sen 1 pip untuk lepas gian. Very Happy
( SIAPA LAH KITA UNTUK MENENTUKAN KEARAH MANA MARKET AKAN TUJU - SAMA ADA BULLISH ATAU BEARISH)
Kalau kawan kawan nak tahu banyak traders PRO di Malaysia Jarang berforum, kalau ada pun beberapa kerat jer masuk berforum..
Ok la ....aku STOP disini dulu... ada SAMBUNGAN lagi...


nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Re: Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Post by nokurogia on 15th April 2009, 15:55

buli tahan... ngam ...

parangmulau
Active Poster
Active Poster

Re: Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Post by parangmulau on 5th May 2009, 22:08

sambil trading atau tunggu signal.. mybe geng2 fsf yg baru bole kasi kongsi pengalaman di thread ini.. heheheh..

misern
Happy Camper
Happy Camper

Re: Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Post by misern on 5th May 2009, 23:04

pngalaman manis (pips ijau) atau pahit (pips merah)..mngajar erti sbuah kehidupan (dunia 4rex)..adakala, kemanisan m'buatkn sy alpa di kala pahit menjelma kemudian..tiada kejayaan tanpa usaha..anggaplah kepahitan sebagai satu titik permulaan ke arah kemanisan sunny d hadapan..aaaamin..sharing knowledgre from geng2 fsf r really appreciated sunny sunny

BlueAngel8786
Elite Poster
Elite Poster

Re: Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Post by BlueAngel8786 on 6th May 2009, 05:53

misern..sedih juga ni serita ko ni..blh buat kisah seorang pemorex...hehehehe...main2 ja ahh..

RAS
Happy Camper
Happy Camper

Re: Pengalaman Saya Dalam Dunia Forex

Post by RAS on 10th July 2009, 20:12

Salam .....

Very Happy .... kalau nak cerita pengalaman...dalam forex ni...
terlalu banyak cerita mengenai kegagalan yang aku temui Sad Crying or Very sad .
Apapun... kegagalan dalam trade jualah yang membuatkan diri aku semakin kuat.
Bagi saya forex bukan sahaja memerlukan sistem yang bagus.... tetapi yang jauh lebih penting adalah disiplin kita sendiri. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan Mental @ psikology dan pengurusan kewangan yang mantap.
Biar untung sikit .... tapi berterusan...

RAS
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 23rd May 2012, 23:24