Bagaimana aku mengenal FOREX? aku pun tak tahu macam mana nak mulakan kisah aku ni......Hmmmm...Ok begini sebenarnya aku mengenal forex setelah aku kecewa dgn skim cepat kaya beberapa tahun yang lalu...seperti E-Berrel,EURO dan macam macam lagi aku pun dah tak ingat dah ...beribu jugak duit aku habis dalam skim tu.
Pada suatu hari sewaktu aku surfing internet aku terjumpa website tentang FOREX, aku terus membaca website tersebut. Aku begitu teruja dgn FOREX ketika itu.
Dalam waktu yang sama aku ada bertanya kawan kawan aku mengenai FOREX, ada yang mengatakan FOREX tu skim cepat kaya ,ada yang cakap haram disisi ugama islam...dan bermacam macam lagi.....Selepas tu tumbuh kursus FOREX ....macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kelas Ustaz Sobri, Kelas Kuasa Forex dan macam macam lagi. Semua dikena bayaran dengan harga yang mahal...pada waktu itu.
Untuk pengetahuan kawan kawan aku tak pernah pergi mana mana kursus FOREX. hingga saat ini.Aku cuma belajar melalui Mr.Google & You Tube..Satu persatu mengenai forex aku belajar melalui internet dan juga melalui forum.
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menguasai FOREX. Broker paling awal yang aku masuk ialah MV. Pada masa tu MV paling top.Aku pun mula deengan trading melalui DEMO, bila aku test di DEMO ...huhhh semuanya profit.Dengan penuh keyakinan aku pun membuat deposit...pada masa tu aku guna egold tapi sekarang egold pun dah kena cekup. Selepas tu kawan memperkenalkan aku guna paltform MT4. Broker kedua aku Fxopen ....hingalah sekarang aku masih mengguna platform Fxopen. Dan juga FDD.
Pada peringkat awal aku bertrading memang selalu jugak aku dicium oleh macik Marginah.Tapiaku tak putus asa aku bertanya dgn kawan kawan aku di forum selepas tu berlambak jugak aku dapat ebook free dan jugak indicator free.Dan juga berbagai sistem aku diperkenalkan oleh kawan aku.Selepas tu aku di perkenalkan dgn EA atau Robot...pada waktu itu aku tak tau langsung apa itu Robot. Kawan aku cakap bagus ....tak payah monitor selalu. Tapi aku tak yakin...bila aku test di DEMO semua ok. Tapi bila test kat REAL hancusssssss.....Aku jugak ada menggunakan sistem kuasa forex,sistem ustaz sobri dan juga pelabagai indicator. Tapi masih lagi aku kena cium dengan macik Marginah.
Pada akhirnya...aku diperkenalkan breakout sistem & cara mengguna Fibonacci Retracement,Trendline dan juga Candle stick Pattern.Alhamdulillah hingga ke hari ini aku berjaya profit...setiap hari aku take profit 30 pip atau 100 pip.Kalau market tak bagus aku tak masuk...kalau masuk pun, aku trade 1 sen 1 pip untuk lepas gian.
( SIAPA LAH KITA UNTUK MENENTUKAN KEARAH MANA MARKET AKAN TUJU - SAMA ADA BULLISH ATAU BEARISH)
Kalau kawan kawan nak tahu banyak traders PRO di Malaysia Jarang berforum, kalau ada pun beberapa kerat jer masuk berforum..
Ok la ....aku STOP disini dulu... ada SAMBUNGAN lagi...















