Selalu orang bertanya kepada saya terutamanya yang ‘kosong’ dalam perniagaan / pelaburan forex tentang soalan-soalan seperti apa itu forex, bagaimana memulakan pelaburan forex online ini, betulkah semuanya ini, bolehkah individu terlibat benda ni dan macam-macam lagi.
Orang yang baru dengar tentang forex selalunya menganggapnya sama seperti ‘skim cepat kaya’, high yeald investment program (HYIP), autosurf, MLM, jual barang, atau saham-saham seperti ASB, ASN, Bursa Malaysia dsb. Malah ada yang mengatakan “ahh..semuanya tipulah!!”…Sebenarnya dalam dunia forex tiada yang tipu punya. Semua orang boleh terlibat termasuklah kita! Dalam forex, anda berdepan dengan ‘real market’ yang melibatkan pertukaran wang-wang utama dunia lebih daripada USD 2 trilion sehari!!
Di Eropah, lebih 65% penduduknya terlibat dengan perniagaan pertukaran mata wang asing atau forex. Forex boleh menjadikan anda kaya-raya sekiranya mahir (juga jatuh miskin sekiranya membabi-buta).
Terdapat juga yang berminat dan bertanya kepada saya bagaimana cara-cara memulakan perniagaan / pelaburan forex online ini. Forex secara online adalah pelaburan paling mudah diuruskan dan boleh dilakukan di rumah atau mana-mana tempat. Apa yang diperlukan adalah terdapatnya keperluan asas seperti; a) Komputer ataupun Laptop dan b) sambungan internet.












