SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Pair, leverage dan margin

Share

pipsrider
Elite Poster
Elite Poster

Pair, leverage dan margin

Post by pipsrider on 18th February 2009, 10:41

Memahami pair, margin dan leverage boleh membantu dalam
kejayaan trading anda. Kebanyakan trader lebih kepada terikut-ikut dan
dipengaruhi oleh ‘psikologi keuntungan’ dari memikirkan risiko.



Kebanyakannya menyukai pair berisiko tinggi seperti GBPUSD,
GBPJPY, EURJPY, USDJPY dan pair terutamanya pair Jepun. Kebanyakannya kerana
terikut-ikut rakan atau mungkin kerana melihat keuntungan besar yang menanti
tanpa mengetahui pair ini juga berisiko besar.




Margin adalah perkara paling penting sekali. Apabila menyebut
tentang margin, ramai pula yang beranggapan bahawa margin ialah berapa peratus
yang kita gunakan untuk trade. Itu memang betul, tetapi itu hanyalah dari segi peratusan penggunaan
modal. Bagaimanapula dengan margin setiap pair dan juga marin yang tinggal
selepas kita membuka trade sesuatu pair?




Ini berkaitan dengan leverage kita. Sebaiknya, ambillah
leverage yang maksimum. Pengiraan margin setiap pair boleh kita kira melalui
leverage yang kita ambil. Contoh di bawah berdasarkan kepada FxPro pada leverage 1:500,





NZDUSD pada masa artikel ini ditulis berada pada point
0.50942.


Manakala, jika leverage kita 1:500, kita sebenarnya
bertrading dalam nisbah $10,000, maka,


0.50942 / 500 x 10000 = $10.1884


Jadi margin yang anda perlukan untuk satu trade pair NZDUSD
= $10.19




Berbanding GBJPY pada masa artikel ini adalah berada pada point 151.504


Manakala, jika leverage kita 1:500, kita sebenarnya
bertrading dalam nisbah $10,000, maka,


1.51504 / 500 x 10000 = $26.3008




Jadi margin yang anda perlukan untuk satu trade pair GBPJPY
= $26.30



Di atas menunjukkan margin yang diperlukan untuk trade
setiap pair. Maka itu, jika anda bermodalkan $100, anda harus memikirkan pair
manakah sesuai.




Jika anda ingin trade GBPJPY, maka $100-$26.30 = $73.70


Jika anda ingin trade NZDUSD, maka $100-$10.19 = $89.81




$73.70 dan $89.81 di atas adalah margin yang tinggal untuk
anda bertahan.
Perlu diingat bahawa pair Jepun terutamanya bergerak dalam
anggaran 200-500 pip sehari dan boleh mencapai 1000 pips sehari. Manakala pair
seperti NZDUSD, AUDUSD, EURUSD dan beberapa pair lain bergerak dalam anggaran
50-90 pip sehari.




Jadi, fikirkan begini, adakah modal $100 atau $300
sekalipun, adakah mencukupi untuk trade pair berisiko tinggi seperti GBPJPY?

Fikirkan pula jika anda bertrading pada leverage 1:100,
GBPJPY : 1.51504 / 100 x 10000 = $151.504
NZDUSD : 0.50942 / 100 x 10000 = $50.94

newpips
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pair, leverage dan margin

Post by newpips on 18th February 2009, 11:42

interesting. thanks

ismailh
Elite Poster
Elite Poster

Re: Pair, leverage dan margin

Post by ismailh on 18th February 2009, 13:01

tq.. good explanations

maxsabahfx
The Quiet Type
The Quiet Type

Pair,leverage dan margin

Post by maxsabahfx on 18th February 2009, 13:23

Thanks Bro Pipsrider,
Inilah penjelasan matematik yang saya perlukan untuk memahami macam mana membuat risk management dalam Forex, rupa-rupanya leverage tinggi ada baiknya.
Saya macam dalam Rich Dad, Poor Dad series, ini adalah Good Debt.

fradze
Happy Camper
Happy Camper

Re: Pair, leverage dan margin

Post by fradze on 18th February 2009, 13:53

thanks... sangat berguna.. nanti saya akan post indicator yang bule kira margin..

kimut
Elite Poster
Elite Poster

Re: Pair, leverage dan margin

Post by kimut on 18th February 2009, 22:17

harap para newbies mcm kita ni faham apa yang dimaksud kan oleh tuan tanah ni kan hehehe...

boleh juga kamu main ni GJ kalau kamu yakinlah...saya tak berani main pair ni..bukan apa sudahlah spread besar ..

kalau mau juga try..ha main 1 sen ja 1 pip...baru tahu apa tu pair volitile tinggi mcm GJ,EJ kan..

tamam
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pair, leverage dan margin

Post by tamam on 7th March 2009, 17:53

Salam Tuanku,
bagaimana kita mendapat nilai 10,000 itu,iaitu nilai yg dinisbahkan kita bertrading pd leverage tertentu,adakah 10,000 itu ditentukan oleh jenis akaun samada micro,mini or standard.
cth usdjpy: exchange rate 119.80,so pd leverage 1:500
119.80/500 x 10,000 = 2360
so kenapa di sini nilainye besar?utk mdptkan 1 lot margin?

beaufort
Happy Camper
Happy Camper

Re: Pair, leverage dan margin

Post by beaufort on 7th March 2009, 18:09

aik..ya pla kan..

tamam
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Pair, leverage dan margin

Post by tamam on 7th March 2009, 18:22

dan bagaimana kita hendak jika usdjpy pd 119.80
pips value = 0.01/119.80=usd 0.0000 834
tp when we buy in lot (depend jenis akaun micro,mini atau standard),katakan standard akaun size for 1 lot is 100k maka satu pips menjadi nilainye 0.01/119.80 x 100k =$8.34 per pip,
yang saya masih blur ialah mcm mana kaitan saiz lot ini dgn leverage dan apa itu volume cth 0.1,0.3
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 19th May 2012, 20:26