SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Mentor atau Penasihat

Share

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Mentor atau Penasihat

Post by nokurogia on 9th February 2009, 00:17

definisi mudah Penasihat: mengetahui bagaimana tapi belum berada ditempat itu.

definisi mudah mentor: suda berada ditempat itu.

contoh mentor: trader berjaya, businessman berjaya.
contoh penasihat: peguam, dokter


Secara lojik peguam tidak perlu menjadi pesalah undang-undang untuk memahami bagaimana buruknya menjadi seorang tertuduh. Atau dokter tidak perlu menghidap kenser paru-paru untuk memberi nasihat kepada perokok untuk berhenti merokok. Penasihat mempunyai tempatnya dalam kommuniti kita.

Tapi bila membincangkan hal mengenai bagaimana cara untuk berjaya dalam dunia Forex, ada baiknya kita mencari mentor berbanding penasihat. Kerna mentor sudahpun berada ditempat itu (success). Manakala penasihat hanya memberikan nasihat mengikut apa yang dia faham dan bukannya pengalamannya sendiri.

Tapi bagaimana untuk mencari mentor forex? bagaimanakah untuk mencari mentor sebenar?

Ada banyak orang-orang di forum yang kelihatan seperti mentor, tapi adakah mereka mentor sebenar atau hanyalah penasihat?. Jika ia pun mereka ni layak bergelar mentor kerna telahpun menghasilkan duit yang cukup banyak melalui Forex. Tapi mentor masih terdiri daripada beberapa level. Dari mentor sekadar cukup makan (success sebab lucky dan skill), kepada mentor sebenar ( success sepenuhnya daripada skill dan tiada faktor lucky).

Cara terbaik untuk mencari mentor ialah dengan cara mencari mereka yang memang tidak dinafikan seorang trader berjaya. Sebagai contoh mudah Soros, Warren Buffet, Benjamin Graham dan trader lain yg setaraf dengannya. Tapi adakah mereka boleh dijumpai diforum-forum dimana kebanyakan trader baru ni aktif? Sudah pasti tidak, kita pasti tiada peluang untuk menemui trader-trader berjaya ini sebagai mentor kita.

Tapi mentor sebegini masih bole memberikan kita panduan tanpa terlebih dahulu mengenali kita. Kerna, majoriti trader-trader berjaya ini mempunyai buku yang ditulis menggunakan ilham mereka, atau mereka menulis buku itu sendiri (Benjamin Graham & Soros sebagai contoh menulis buku sendiri). Kita hanya perlu membeli buku tersebut dan memahaminya sedalam mungkin dan seterusnya mempraktikkan pengetahuan tersebut.


Persoalan seterusnya, adakah penasihat masih boleh diterima?

Kerana trading dibentuk oleh lebih dari 1 gabungan kemahiran. Maka wujud individu yang mempunyai kefahaman sangat-sangat tinggi utk sebahagian pengetahuan tersebut. Maka mereka bole menjadi mentor untuk bahagian spesifik tersebut sahaja, dan sebagai penasihat untuk hal2 yang selebihnya.

Saya ingin memanggil mereka sebagai "mentor junior", sebagai tanda penghormatan kepada mereka, sebab mereka juga biasanya ikhlas membantu.

Kesimpulan saya untuk artikel ini. Ada baiknya kita tanamkan minat untuk membaca buku-buku yang diterbitkan atau diilhamkan oleh trader-trader bejaya sebagai panduan utama. Dan mentor-mentor/penasihat lain yang wujud di forum-forum dimerata tempat di internet sebagai sokongan. Dengan cara begini, peluang untuk kita mendapat pengetahuan yg lagi tepat tinggi.

parangmulau
Active Poster
Active Poster

Re: Mentor atau Penasihat

Post by parangmulau on 9th February 2009, 10:37

Great info nokurogia.. ada beza plk mentor ngn penasihat 2..
sekurang2nya ngn info nie dpt membuka minda newbie mcm sia camana cari cari mentor n penasihat..

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Re: Mentor atau Penasihat

Post by nokurogia on 9th February 2009, 11:15

artikel tu dapat inspirasi dari buku si Robert Kiosaky, Cashflow...

banyak beza tu...
cuba fikir mcm gini.. katakan kita mo belajar tunggang basikal.. trus kita tanya 2 orang...orang yg tau info tapi tak tau tunggang dengan orang yg memang tau kasi jalan basikal.

First penasihat, dia ndak tau naik basikal tapi terlebih cukup info pasal naik basikal). Org mcm org yg cuba ajar kita mcm mana belajar naik basikal, dengan betul.. tapi dia sendiri ndak pernah rasa mcm mana naik basikal.. Dia mungkin ada masalah untuk bagitau sangat-sangat terperinci..

Second Mentor, dia memang tau cara naik basikal.. so dia bole gitau banyak perkara2 lagi terperinci..


==========

sentiasa hati2 pilih penasihat... sebagai contoh, kalau saya ambik kawan2 saya sebagai penasihat.. that mean hari ni juga saya tinggalkan forex.. sebab dorang nasihat saya untuk elak dari risiko..

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Mentor atau Penasihat

Post by paraivagas on 25th September 2010, 22:30

bgs d baca2 semula ba Smile


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

AaronHiew
Elite Poster
Elite Poster

Re: Mentor atau Penasihat

Post by AaronHiew on 26th September 2010, 11:01

Nokurogia, saya setuju dgn ulasan tuan spt yg diatas.
Ada definasi utk peringkat2 gak, Selamat memorex.

kondiput
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Mentor atau Penasihat

Post by kondiput on 6th November 2010, 17:46

hal ni membuatkan saya rasa bersyukur pasal tejumpa mentor yang cukup baik...faham2 ja la tu bos ah..relaks2 ja ni.hehe.

aziel70
Happy Camper
Happy Camper

Re: Mentor atau Penasihat

Post by aziel70 on 7th November 2010, 00:54

nokurogia wrote:definisi mudah Penasihat: mengetahui bagaimana tapi belum berada ditempat itu.

definisi mudah mentor: suda berada ditempat itu.

contoh mentor: trader berjaya, businessman berjaya.
contoh penasihat: peguam, dokter

saya agak keliru tentang definisi dan contoh di atas. Untuk bab2 lain memang saya setuju tapi definisi seorang penasihat bagi saya amat tinggi berbanding mentor kerana seseorang itu tidak akan boleh menjadi penasihat sebelum ia menjadi mentor. seorang mentor yang berjaya tidak semestinya ia boleh menjadi penasihat kerana untuk menjadi penasihat ia memerlukan kepakaran khusus dalam memberikan penerangan supaya protege2 nya boleh berjaya sepertinya. Namun begitu seorang penasihat memang berasal dari seorang mentor yang berjaya kerana ia tidak boleh menjadi penasihat sehingga ia sendiri telah terjun dan bergelomang juga merasai pahit maungnya dalam bidang2 yang diceburinya. Mungkin kepada orang yang 'mengetahui bagaimana tapi belum berada ditempat itu' kita boleh tukarkan definisinya kepada PEMERHATI. kerana pemerhati lebih rendah sikit mertabatnya. Ia sering melihat dan memerhatikan setiap perjalanan dan kekadang pula sering melontarkan pendapatnya hasil pemerhatiannya namun ia sendiri tidak pernah malah kekadang ia sendiri tidak berani masuk menceburi bidang tersebut disebabkan hasil pemerhatiannya semuanya bermasalah.
Aziel70 Very Happy
www.taslysabah.com

AaronHiew
Elite Poster
Elite Poster

Re: Mentor atau Penasihat

Post by AaronHiew on 7th November 2010, 15:19

Aziel70, ulasan yg sgt bermakna utk semua warga FSF ;-)

aziel70
Happy Camper
Happy Camper

Re: Mentor atau Penasihat

Post by aziel70 on 7th November 2010, 17:51

AaronHiew wrote:Aziel70, ulasan yg sgt bermakna utk semua warga FSF ;-)

Terimakasih AaronHiew, itu hanya pendapat saya saja, tiada kaitan sama ada yang hidup atau pun yang telah mati hehehe Laughing saya bercakap hanya ikut pengalaman, walaupun begitu saya pun masih perlu banyak belajar

AaronHiew
Elite Poster
Elite Poster

Re: Mentor atau Penasihat

Post by AaronHiew on 8th November 2010, 10:18

Aziel70, sikap kamu yg rendah diri harus dicontohi oleh semua ;-)

Rungui
Happy Camper
Happy Camper

Re: Mentor atau Penasihat

Post by Rungui on 8th November 2010, 13:54

TQ Nokurogia... bagus ni infor..

aziel70
Happy Camper
Happy Camper

Re: Mentor atau Penasihat

Post by aziel70 on 8th November 2010, 16:34

AaronHiew wrote:Aziel70, sikap kamu yg rendah diri harus dicontohi oleh semua ;-)

Kita kan sesama manusia, mana ada yang lebih pandai selain dari pencipta hehehehe
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 8th February 2012, 05:48