SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

    Jurnal MaxSabahFx

    Share

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Jurnal MaxSabahFx

    Post by maxsabahfx on 1st February 2009, 11:58

    Hari ini, cari cari maklumat strategy dulu untuk masuk dalam forex.

    Next Week, Live Trading.

    paraivagas
    Board Veteran
    Board Veteran

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by paraivagas on 5th February 2009, 19:14

    Hi max, mcm jurnal ko minggu ni? Very Happy


    -------------------------------------------------------------------------------
    Peraturan Sabah Forex
    Iklan Sabah Forex
    Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Minggu ini..week 2 sudah

    Post by maxsabahfx on 15th February 2009, 11:19

    Apa Khabar Semua!

    Saya sudah membuat live trading minggu ini selepas mengulangkaji ebook mengenai Forex dari www.scribd.com.

    mula-mula tu takut juga, kena ngap duit sebab masih baru juga kan.... Oleh Sebab mahu belajar dan mendapatkan pengalaman kena masuk pasaran juga, jadi saya main sepuluh sen saja, selepas itu berdebar-debar tengok market action yang turun dan naik, yang bikin takut sebab tengok negative floating saja ni, macam rasa mahu menangis pun ada.... tetapi dikuatkan saja perasaan...

    Saya telefonlah Tuan Gurkha minta pendapat apa mahu buat ini, dia bilang jangan dulu trading kalau belum masuk kelas penjejak pips jadi .... rasa menyesal pun ada, selepas itu Tuan Gurkha pun nasihatkan supaya tutup sewaktu losses masih diperingkat kecil lagi. Kalau tidak Losses akan menjadi lebih besar..... bagus tutup masa small losses, itu nasihatnya.

    Selepas menutup trade saya, saya cuba mendapatkan ebook Forex yang lebih banyak di internet. Dan ini buku pun menulis perkara yang sama " The Ultimate Trading Book", tulisnya dalam chapter pertama buku ini, Learn to Love Small Losses or You will get Big Losses. Nasib baik....... Fuh! Wink

    Buku ini saya jadikan bahan bacaan saya, ringkasan chapter pertama adalah untuk menjadi seorang trader yang baik dia harus tahu bila mahu masuk market, keluar dari market dan sediakan stop loss. 3 perkara basic ini harus dikuasai dengan baik sekiranya mahu ada kerjaya yang panjang dalam industri forex.

    Sekian saja jurnal max untuk minggu ini.

    kimut
    Elite Poster
    Elite Poster

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by kimut on 15th February 2009, 12:15

    biasalah tu max..tiada sistem mmglah mcm tu..MM dan psikologi pun teramatlah penting...

    kita trade selepas ikut kelas penjejak pips tu baru lah power kan gurka hehehe

    roslanab
    Happy Camper
    Happy Camper

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by roslanab on 15th February 2009, 18:20

    saya pun serius trade lepas ikut kelas teknik penjejak pips la nanti kimut
    harapan besar ni hehehehe...

    paraivagas
    Board Veteran
    Board Veteran

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by paraivagas on 15th February 2009, 18:27

    hihi lepas kita semua da ikut tu kelas, kita masing2 buka jurnal. haha tentu lagi siuk Very Happy


    -------------------------------------------------------------------------------
    Peraturan Sabah Forex
    Iklan Sabah Forex
    Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Terima kasih kerana memberikan reply. FSF Best.

    Post by maxsabahfx on 23rd February 2009, 20:28

    Apa khabar kepada fellow traders dan ahli-ahli forum FSF ini.
    ini sudah minggu kedua saya bertrading live dan terus terang saya tidak sabar-sabar untuk mengikuti kursus Penjejak Pips Pipsrider yang dianjurkan Tuan
    Gurkha kepada semua ahli FSF.
    Kepada yang berminat sebelum boleh mengikut kursus itu, kena membuat pendaftaran membuka akaun trading dengan Broker FXpro melalui mereka. Mereka juga
    memberikan free signal di Forum kendalian mereka, satu keistimewaan menarik yang tidak ada pada kumpulan yang lain.

    Sambil menunggu hari kursus itu, Pipsrider dan Gurkha ada menasihatkan supaya membuat pembacaan sendiri pasal kemahiran yang diperlukan untuk perniagaan Forex ini.
    Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, ini adalah sedikit ringkasan yang dapat saya pembacaan saya mengenai Setup untuk Entry, Exit dan Stop Loss, perkara
    basic yang perlu dikuasai semua trader jika mahu berpanjangan dalam market ini.
    Menunjukkan arah Trend menaik dan menurun, Dalam setiap trade itu saya letakkan level untuk entry, Exit dan Stop Loss.
    Katakan kita sudah membuat analisa pasaran dan menjangka harga akan menaik, maka stop loss diletakan di bawah harga semasa dan Exit ( take profit )
    diletakkan di atas harga semasa. Sekiranya strategi kita didapati tepat, kita keluar atau membuat closing untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya tidak
    tepat, maka apabila harga jatuh secara automatik closing akan dibuat di level stop loss kita.
    Perkara yang sama juga berlaku sekiranya trend menurun cuma stop loss dan Exit bertentangan arah.
    Saya berharap coretan ini berguna untuk dijadikan asas kepada New Trader yang berdaftar dengan forum ini.

    Sekian.

    * saya masih cuba juga ini, kadang-kadang order tidak terlaksana, kenapa ya, walaupun ia bersetting pending order?


    Last edited by maxsabahfx on 23rd February 2009, 20:56; edited 1 time in total (Reason for editing : Tidak pandai taruh image...)

    parangmulau
    Active Poster
    Active Poster

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by parangmulau on 23rd February 2009, 21:13

    wah.. suda bagus nie.. klu semua buka jurnal nti..
    mybe kita bole bertukar2 pendapat pasal analisa n line target kita utk S/L,TP dan yg sewaktu dengannya..
    heheh..

    beaufort
    Happy Camper
    Happy Camper

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by beaufort on 23rd February 2009, 21:23

    maxsabahfx wrote:Apa khabar kepada fellow traders dan ahli-ahli forum FSF ini.
    ini sudah minggu kedua saya bertrading live dan terus terang saya tidak sabar-sabar untuk mengikuti kursus Penjejak Pips Pipsrider yang dianjurkan Tuan
    Gurkha kepada semua ahli FSF.
    Kepada yang berminat sebelum boleh mengikut kursus itu, kena membuat pendaftaran membuka akaun trading dengan Broker FXpro melalui mereka. Mereka juga
    memberikan free signal di Forum kendalian mereka, satu keistimewaan menarik yang tidak ada pada kumpulan yang lain.

    Sambil menunggu hari kursus itu, Pipsrider dan Gurkha ada menasihatkan supaya membuat pembacaan sendiri pasal kemahiran yang diperlukan untuk perniagaan Forex ini.
    Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, ini adalah sedikit ringkasan yang dapat saya pembacaan saya mengenai Setup untuk Entry, Exit dan Stop Loss, perkara
    basic yang perlu dikuasai semua trader jika mahu berpanjangan dalam market ini.
    Menunjukkan arah Trend menaik dan menurun, Dalam setiap trade itu saya letakkan level untuk entry, Exit dan Stop Loss.
    Katakan kita sudah membuat analisa pasaran dan menjangka harga akan menaik, maka stop loss diletakan di bawah harga semasa dan Exit ( take profit )
    diletakkan di atas harga semasa. Sekiranya strategi kita didapati tepat, kita keluar atau membuat closing untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya tidak
    tepat, maka apabila harga jatuh secara automatik closing akan dibuat di level stop loss kita.
    Perkara yang sama juga berlaku sekiranya trend menurun cuma stop loss dan Exit bertentangan arah.
    Saya berharap coretan ini berguna untuk dijadikan asas kepada New Trader yang berdaftar dengan forum ini.

    Sekian.

    * saya masih cuba juga ini, kadang-kadang order tidak terlaksana, kenapa ya, walaupun ia bersetting pending order?


    ada satu lagi cara, kalau sudah campin macam ada kawan2 yang lain tuh, saya nampak durang main skill trailing stop

    CTH: position buy: kita letak stop loss 20 pips di atas harga semasa, dan letak Take profit 40 pips dari harga semasa, jadik kalau harga naik sampai cthlah 25 pips dan kemudian turun balik, kita masi lagi dapat untung 20 pips kalau naik trus sampai 40 pips lagi bagus..hehe

    betulkan saya kalau silap ya,selalu nya teknik nie dibuat dalam MV kalau meta trader platform ada trailing stop sendiri kan..

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by maxsabahfx on 28th February 2009, 12:28

    Thank Bro-Bro for the komen.
    Minggu ini saya live trading lagi, tetapi kali ini berbekalkan bimbingan daripada Inisiatif bacaan tambahan dalam cara-cara untuk membuat keuntungan dalam perniagaan Mata Wang ini.
    Pada kali ini, dengan semua tunjuk ajar daripada Tuan Gurkha, Signals Daripada Tuan Pipsrider, EA Paraivagas dan hasil pembacaan saya melalui ebook yang terdapat dalam forum ini.
    Saya sudah berjaya mengurangkan losses dan yakin boleh membuat lebih banyak winning Trade dimasa akan datang.
    Saya bersyukur betul berjumpa dengan semua ahli forum ini yang aktif memberikan pendapat dan bimbingan kepada ahli-ahlinya, Kita semua bertuah. Sebelum ini saya tidak tahu apa itu margin, Leverage, Fungsi dan kegunaan Indicator, membuat chart analisis. Tetapi semua ini berubah apabila menjadi ahli forum ini.
    Senarai buku yang sudah dibaca dan dijadikan rujukan adalah. 1. Pattern and Probalitity 2, Royal Forex, 3, The Ulitimate Trading Guide, 4. Mastering Elliot Wave 5. Elliot Wave principle, buku buku inilah yang menerangkan kepada saya kegunaan indicator dan membuat analisi, Money Management serta menguatkan Psychology dengan cara menerangkan perbezaan diantara amateur dan profession trader.
    Sekian.
    * Next project = Memahami dan mereka cipta EA untuk MT4.

    paranorms
    Happy Camper
    Happy Camper

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by paranorms on 28th February 2009, 13:30

    nice job bro...utk memantapkan lagi ilmu EW bro:
    http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=10323

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    bahan EW bermula.....

    Post by maxsabahfx on 1st March 2009, 08:35



    Good Morning, All.
    Kepada peminat Elliot Wave,
    Saya sediakan video pengenalan mengenai kegunaan Elliot Wave and Fibonacci untuk tatapan para ahli FSF.

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Kepentingan Pendidikan Forex1

    Post by maxsabahfx on 1st March 2009, 08:53


    Saya ingin kongsikan clip ini juga, berkenaan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh newbie forex.
    Semoga kita teruskan usaha untuk memperbaiki pengetahuan dan cara kita bermain forex.

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Sedikit lagi tambahan untuk hari ini....

    Post by maxsabahfx on 1st March 2009, 09:13




    Saya harap Bro2 dan Kwn2 mendapati clip clip video ini informatif.

    sinukab
    Valued Contributor
    Valued Contributor

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by sinukab on 1st March 2009, 09:26

    wow.. good job maxsabahfx.... Very Happy

    maxsabahfx
    The Quiet Type
    The Quiet Type

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by maxsabahfx on 22nd June 2009, 20:20

    Lama juga saya merajuk sebab takut lost account forex saya, baru ni saya dapati rekod login ke acc fxpro( MT4 ), saya hilang, jadi saya pun masuk ke dalam www.fxpro.com untuk mendapatkan reset saya punya password. senang hati juga dapati balik rekod-rekod saya.

    Macam spring cleaning mungkin ini MT4 kalau kena update....ada yang mengalami pengalaman serupa?

    Dulu, saya mahu buat kajian tentang EA, tetapi oleh sebab sibuk dengan kerja, putus cinta lagi. Jadi saya terlupa sejenak kekuatan saya.

    Mahu balik sudah kekuatan saya ni... Mahu panas sudah ni... hehheeh

    paraivagas
    Board Veteran
    Board Veteran

    Re: Jurnal MaxSabahFx

    Post by paraivagas on 22nd June 2009, 20:45

    hihi Smile hi max, bgs la datang balik di fsf Very Happy
    sebenarnya sy pun kadang rasa mcm putus asa ba tapi sy teruskan ja. Smile
    klu mcm rasa down kan, ingat kenapa kita mahu trade ni fx. Smile
    apa pun relax ja. Very Happy


    -------------------------------------------------------------------------------
    Peraturan Sabah Forex
    Iklan Sabah Forex
    Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

      Current date/time is 22nd May 2012, 09:26