Bah kita rujuk balik notes #1 ni...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/315546_10150396228763352_554358351_10137141_201160834_n.jpg
sia akan masuk dari satu part ke satu part...
1st... kita rujuk tu money management.. atau pengurusan wang... Apa benda yg dibuat oleh bahagian ni?.. Apa core dia paling utama?, atau apa urusan utama dia?....
Urusan utama bahagian ni ialah, bahagian untuk kita plan cara kita kawal kapital kita.... soalan2 yang ada dalam part ni ialah... berapa duit sia ada?, berapa % duit sia perlu masukkan ke dalam 1 akaun trading?.... bila saya perlu kasi masuk duit ni?... d mana saya bagus kasi masuk duit ni (broker)?... atau secara ringkas, urusan pengagihan wang... itu ialah apa urusan utama bahagian money management..
apa terjadi kalo ada trader pandang remeh sama tugas bahagian money management?...
katakan ada trader bagi masuk semua duit dia dalam satu akaun, dan overconfident tidak akan margin call.. but kalo katakan berlaku movement2 yang pelik d market.. lepas tu duit dia down to zero, ini bermaksud capital dia habis, tiada duit lagi baki2 untuk restart trading, mean dia mungkin muflis, atau langsung tiada wang lagi utk sara diri yg asas, dan paling teruk jika margin call tu ialah duit dari total hutang terbesar seorang individu boleh buat... Jadi inilah malapetaka bakal terjadi kalo tidak buat pengagihan wang .... Untuk mempermudahkan kita ingat apa tugas money management, just ingat satu words, "survival"..
So apa yang perlu kita pertimbangkan dalam bahagian money management?.... pertama sekali, kita perlu tau sifat kebolehkawalan part money management ni. Kita dapati bahagian ni ialah boleh dikawal sepenuhnya oleh trader... Kita boleh pilih apa market yang kita ingin masuk (forex, commodity,stock, dll), kita boleh pilih bila duit kita masuk market (buka akaun trading real), kita boleh pilih berapa saiz duit yang akan dimasukkan dalam akaun trading dan kita boleh pilih bila duit kita perlu keluar dari market(wdraw dari akaun trding).
Soalan seterusnya.. apa yang mempengaruhi mana dan bila kita perlu agihkan duit kita?. Dari diagram diatas, kita boleh lihat yang money management menerima input market behavior seperti profile spesifik market sebagai maklumat untuk membuat pengagihan duit yang difikirkan ideal. Pengagihan saiz capital juga dipengaruhi oleh level kemahiran trader untuk berdepan dengan market yang ingin dia sertai. Katakan jika trader tu sangat-sangat mahir dengan sifat EURUSD, maka dia boleh buka akaun trading dengan % yang besar dari keseluruhan wang yang ada. Dan pengagihan wang juga dipengaruhi oleh level risiko dari trading style yang bakal diguna oleh trader. Contohnya jika trader suka bermain dengan high leverage, maka saiz akaun perlu kecil dan sebaliknya utk leverage kecil.
Soalan seterusnya.... Tapi bukankah jika kita buka akaun menggunakan keseluruhan wang yang ada pada kita, tapi mengawal total risk per position ke level yang minimum, ini sama juga macam money management & risk management boleh disatukan menjadi bahagian yang sama?. Jawapannya, tidak. Money management dan risk management ialah berlainan. Risk management jika kita teliti baik2, risk yang dimaskudkan ialah risk dari aktiviti trading. Tapi money management pula berurusan dengan overall jenis risk yang mungkin. Sebagai contoh, broker tidak semestinya 100% jujur, wujud broker yang jatuh dalam kategori penipu larikan duit pelanggan. Risiko jenis ni bukan urusan risk management, but lagi kepada risiko yang diurus oleh bahagian money management. Risiko seperti technology failure yang menyebabkan akaun trading kita bermasalah, ini bukan urusan risk management (lot size control) tapi risk ni boleh diurus oleh idea pengagihan duit untuk merendahkan potensi2 risiko yang tidak dijangka.
So walaupun, penerangan ni nampak sikit panjang. Sya boleh cakap yang part ni baru pengenalan. 2nd level lesson untuk money management ni, kita akan mula melihat arts and science of money management, konsep2 dan variasi2 money management yang wujud. 2nd level lesson akan disampaikan selepas kita habis melawat bahagian2 utama trading dahulu.