Apa pentingnya pair correlation?
Pair correlation boleh menjadi satu strategi yang berguna untuk kita semua. Ada beberapa website yang bagus untuk anda rujuk tentang pair correlation.
Kebanyakkan traders Malaysia hanya melihat dan menumpukan hanya pada satu pair sahaja manakala ramai members kami dari luar seperti Canada, Italy, dsbnya tidak spesifik pada satu pair, tetapi mereka trade berdasarkan peluang untuk membuat duit. Kerana itu ramai traders kita yang gagal, kerana ketika pasaran yang sideways, atau terlalu sukar untuk di trade, mereka akan paksa diri untuk masuk kerana mereka hanya ada satu pilihan. Manakala traders luar biasanay akan meninggalkan pasaran yang sukar kerana ada pair lain yang kaan memberikan peluang.
Maka itu pair correlation sebenarnya adalah salah satu cara untuk mengelakkan kerugian dan membuat keuntungan. Sebenarnya, pair yang ditrade sesetengahnya mempunyai pergerakan sama, contohnya NZDUSD dan AUUSD atau EURUSD dan EURJPY. Antara pair yang sama ini akan ada leader dan follower.
Jika menggunakan Teknik Penjejak Pips kami, anda akan mengetahui jarak pasaran, dengan itu juga, anda mudah melihat mana satu leader dan mana satu follower.
Jika anda menggunakan teknik atau indikator, anda boleh belajar sifat2 indi anda tersebut dan bandingkannya dengan pair yang lain. Mereka yang mengetahui Elliot Wave juga mudah untuk mengenali semua ini.
Caranya mudah...katalah NZDUSD adalah leader dan AUDUSD follower, maka, jika NZDUSD telah menghabiskan jaraknya di mana ia sudah bersedia untuk beralih arah, maka rujuk kepada AUDUSD, jika AUDUSD masih belum melengkapkan wavenya, maka tinggalkan NZDUSD tadi dan tumpukan pada AUDUSD sehingga ia habis wave.
Mengapa tinggalkan NZDUSD sedangkan kita boleh trade? Biasanya, pair yang akan complete terlebih dahulu akan bergerak secara sideway kerana menunggu pair yang sama menghabiskan wavenya. Trading dalam sideway adalah berbahaya kerana memerlukan sustain power atau margin yang kuat...
Harap2 di atas membuka minda anda supaya tidak fokus hanya pada satu pair...













