SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Skim cepat kaya

Share

pipsrider
Elite Poster
Elite Poster

Skim cepat kaya

Post by pipsrider on 16th January 2009, 12:24

First topic message reminder :

aku menulis ni sebab aku tingu di sabah sedang hangat....buktinya masa aku balik KK hari tu ramai yang masuk skim ni yang di namakan PQ. Jadi aku salah seorang anti skim cepat kaya...sebab aku berpengalaman dalam skim ni di internet pada tahun 1997 dulu. Jadi, apa pun alasan mereka, forex kah, herba kah, projek kah, kambing kah, lintah kah, seramik kah, emas kah...aku akan selidik modus operandi mereka. Kalau ada ciri2 skim cepat kaya aku akan kata "sori bos, aku inda minat" atau "baik tah kau keluarkan duit mu, hangus nanti..." atau akau kan kata "haram tu bos".

Sebenarnya modus operandi mereka sama. Duit ahli baru akan diberikan kepada ahli lama. Selain itu mereka di tawarkan komisyen untuk mendapatkan ahli baru. Ahli baru pula terbahagi kepada 2 - jenis yang suka mencari downline dan jenis yang suka menambah modal. Sampai satu tahap di mana mereka ini selesa dengan modal yg ada, mereka akan berhenti menambah modal. Pada masa yang sama, ahli baru tidak bertambah lagi kerana ramai yang telah memasuki skim tersebut dan mengharapkan pulangan. Disinilah punca skim ini akan mula berkubur. Maka penganjur skim akan mula mencari pelbagai alasan untuk kerana tidak mampu membayar ahli. Apatah ahli lama yang mengharapkan pulangan yang begitu tinggi kerana modal sudah macam bukit. Akhirnya, mereka ini mula merekacipta pelbagai alasan.

Seringkali BNM dipersalahkan ahli skim kerana menyerbu mereka ini. Tetapi, kerja mereka jelas, mereka perlu bukti dan lapuran sebelum bertindak, agar mereka kukuh di mahkamah. Duit yang dibekukan sebenarnya tidak mampu menanggung duit semua ahli. Kalau pemilik skim tidak mampu membayar ahli, apatah lagi BNM yang cuma membekukan berapa sen sahaja. Aku ingat seorang pegawai BNM berkata pada rakan yang masuk skim ni..."Encik cuma masuk RM15,000 sedangkan ada yang dah masuk RM150,000. Kalau jual harta mereka pun tak mampu bayar semua ahli di Malaysia. inikan pula mereka sudah ada ahli diluar negara..." Itu cerita kawan aku...

Ciri2 agar trader forex sejati sabah ni inda tertelan atau ketulangan dengan skim penipu besar ini :

1. Dikenali juga sebagai ponzi scheme, HYIP atau di Malaysia, skim pak man telo, pelaburan haram atau labu peram.
2. Ciri paling mudah dikenali - menawarkan pulangan tanpa membuat apa-apa atau 4D (Duduk Diam Dapat Duit). Biasanya kita bagi duit dan keuntungan diberi sebanyak 2% sehari atau ada yang mencecah 10% seminggu atau sebulan. Keuntungan diberikan tetap setiap minggu atau bulan.
3. Sering berselindung disebalik nama forex. Di KL skim begini suda inda laku menyebabkan mereka menukar taktik dengan mengatakan pelaburan dalam bisnes runcit, kambing, pengiklanan, seramik, dsbnya. Tapi di negeri lain kebanyakan mereka masih menggunakan forex sebagai alasan.
4. Jika diinternet, kebanyakannya menggunakan wire transfer dan e-emas. Ini kerana Paypal & Moneybookers amat ketat dan tidak menerima program seperti ini.
5. Ada juga mengatakan mereka ada lesen BNM. Awas! kebanyakannya hanya ada lesen perniagaan atau syarikat. Ada yang berselindung disebalik MLM.
6. Lebih parah lagi, kini taktik mereka semakin pelik...kita beli barang dari pemilik skim kemudian jual. kalau tak laku, kita jual balik pada pemilik skim dan pemilik skim akan beli dengan harga lebih tinggi! lol!

Sebenarnya banyak lagi ciri2 skim sebegini. Aku cukup masak dengan taktik mereka ini. Malah aku di sini menjadi rujukan rakan2 untuk masuk sesuatu skim....berikan aku website mereka dan terangkan cara mereka beroperasi, aku akan tau samada mereka itu skim yang sah atau tidak...

Kerana aku aktif mengikuti program skim cepat kayap ini melalui internet pada tahun 1997 dulu. Siapa ingat Foreign Fund (First Bank), FreeLandOpps dan PIPS? Itu lah yang pernah aku sertai dulu. Selepas itu aku cukup berhati2 dan tidak akan masuk skim begini lagi sehingga sekarang. Dan yang membuatkan aku mahir taktik mereka ini ialah kerana aku membuat analisis dan menyenaraikan ciri2 skim sebegini untuk peringatan aku.

Sabahan...bangsaku, bangunlah...jangan kerana duit kita menutup mata. Ingat ianya HARAM, malah menyusahkan mereka yang tergadai tanah, rumah dan sebagainya. Kesihanilah mereka ini, orang2 kampung yang tak tahu apa-apa.

Traders Sabahan, bangun...tentang skim ini habis2an kerana mereka memburukkan nama kita sebagai traders!

Kini..aku seorang ANTI SKIM CEPAT KAYA!!!!


maxsabahfx
The Quiet Type
The Quiet Type

Berhati dengan /webpage ini.....

Post by maxsabahfx on 28th February 2009, 22:34

www.danasabah.page.tl
Sewaktu PQ masih ada lagi, tergerak juga hati aku masuk melabur dalam sistem ini.
Tetapi selepas PQ tiada sudah, saya terasa benci dengan skim sebegini......Kadang tertanya-tanya juga saya mengapa tidak ada tindakan pihak yang ada kuasa terhadap aktiviti begini....
Apa pun, tempat ini penuh dengan perasaaan kecewa, sama seperti saya dulu, tetapi sekarang ni tidak lagi semenjak berforum dengan FSF ni.
FSF Hari Hari ada harapan, kad urang Kampung.....hihihi alien
FSF Siok Bah. affraid

Gragoblues
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Skim cepat kaya

Post by Gragoblues on 28th February 2009, 23:36

Sad ada lg liau2, snggup kluarkn duit tbng hj utk mlbur. sdh tah pyh kumpul duit motong gatah. kasian. ada yg baru ikut lg, nd jara. hnya smngt atu tah saja yg positif( org lama la katakan)

maxsabahfx
The Quiet Type
The Quiet Type

Tradelite.page.tl....?

Post by maxsabahfx on 1st March 2009, 09:42

Dear Friends,
Saya ternampak/terjumpa link ini daripada page www.danasabah.page.tl.
For info, i fikir ini satu scam, so please jangan layan page ini......
Sesiapa yang ada pengalaman main WOIP dan HYIP boleh kongsi dalam thread ini tak? Curios bah.... orait nopo.

kimut
Elite Poster
Elite Poster

Re: Skim cepat kaya

Post by kimut on 2nd March 2009, 09:42

lebih kurang danafx kah ni kan hehehe...nanti dia bilang dia loss lagi...
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 23rd May 2012, 13:57