Ramai yang ndak tahu beza broker berdaftar dan apa kelebihannya. Salah seorang members kami di FKFpro pernah bermain dengan salah sebuah broker yang tidak berdaftar. Sebaik sahaja duit belaiu mencecah ratusan ribu USD, beliau dikenakan syarat 'withdraw hanya USD5k seminggu atau USD1k sehari'. Ini adalah taktik broker yang tidak berdaftar dan jelas menunjukkan berlaku rolling dalam capital yang mana ianya sama seperti skim cepat kaya, atau pelaburan internet yang diharamkan.
Ini adalah beberapa perbandingan yang patut anda rujuk sebelum memberikan duit anda kepada broker :
+ Pastikan broker tersebut berdaftar dengan badan penguatkuasa negara tersebut, seperti NFA & CFTC (US), FSA (UK), CYSEC (Cyprus), BAFIN (German), etc.
- Elakkan penipuan seperti broker yang berkata mereka berdaftar tetapi sijil yang ditunjukkan hanyalah sijil perniagaan (kalau di Malaysia kita panggil ROB & ROC). Berdaftar bermaksud mereka dilesenkan oleh badan saham negara masing2 untuk menjalankan aktiviti trading.
+ Broker berdaftar diwajibkan mempunyai dua akaun, akaun syarikat dan akaun traders. Akaun traders dipantau oleh badan2 di atas dan dipegang amanah oleh badan2 tersebut. Maka itu, tiada limit dalam withdrawal, kerana ia adalah wang anda dan sekiranya pengeluaran di hadkan, broker akan diambil tindakan undang2 oleh badan2 di atas. Broker tidak boleh membuat sesuka hati atas wang anda.
- Broker tidak berdaftar biasanya mencampurkan wang trader dan wang syarikat. Ini amat berbahaya kerana wang anda boleh digunakan sesuka hati mereka.
+ Broker berdaftar di pantau dan di audit. Mereka diwajibkan untuk memberi laporan bulanan aktiviti keluar masuk wang traders dan syarikat. Ini mengelakkan penipuan.
- Broker berdaftar tidak di audit dan tiada badan memantau.
+ Perhatikan laman web broker berdaftar. Mereka yang arif akan mengetahui laman web tersebut adalah laman web professional, tidak menggunakan template percuma. Rekabentuk laman web mereka tidak akan anda temui di mana2 dan biasanya mereka meletakkan sejumlah wang untuk mengupah designer.
- Laman web broker tidak berdaftar kebanyakannya nampak murah dan ada yang menggunakan template percuma. Fikrikanlah, mereka mengendalikan wang berjuta. Tetapi tidak mampu mengupah designer? Pelik bukan?
+ Broker berdaftar tidak akan menggunakan web directory percuma atau web directory personal. Mereka membelanjakan wang yang banyak untuk meraih kedudukan ranking samda dalam enjin carian atau direktori berbayar.
- Jika broker yang anda pilih mendaftarkan diri dalam web direktori personal atau percuma...hmmm..faham2lah...
+ Spread broker berdaftar biasanya tidak begitu tinggi. Ini kerana mereka mematuhi peraturan siling spread yang dikuatkuasakan oleh badan pemantau.
- Broker tidak berdaftar boleh sesuka hati mengenakan spread yang tidak munasabah, malah sehingga berpuluh pips terutama ketika news besar seperti NFP.
+ Spike biasanya tidak berlaku dalam broker berdaftar
- Hati-hati...mereka boleh mengenakan spike yang tinggi atau tajam untuk meleburkan modal anda!
+ Broker berdaftar biasanya tidak bercuti lama, terutama ketika Krismas, biasanya 1-2 hari.
- Cuti yang lama biasanya di ambil menyebabkan anda tidak tidur malam kerana memikirkan floating!
Banyak sebenarnya perkara menarik yang perlu anda ketahui sebelum memilih broker. Itu belum lagi jenis deposit yang diterima. Ini kerana broker berdaftar tidak akan menggunakan sebarang bentuk e-emas. Sekuriti adalah penting bagi broker berdaftar. Anda juga sebenarnya boleh memeriksa domain broker anda dalam Internic. Semuanya membolehkan anda memilih broker yang terbaik agar anda tidak tertipu.
Pilihlah broker berdaftar seperti FxPro (kami adalah IB Malaysia), FXCM, Forex Club, Crown Forex dan pelbagai lagi broker yang berdaftar.















