mintak tolong recommend broker bah ni. instaforex ni ok ka dia punya market execution?
saya ada guna ni FXCM hampir satu tahun sudah bah. tapi ntak lah. macam ada
berlaku tak elok kat broker ni. para peminat fxcm- saya bukanya kasih
rosak ni broker. tapi hari khamis( 6-7-2011) tu baru saya percaya, bahawa apa yang
saya terbaca dalam ruangan internet yang mengatakan ni broker adalah
scam-memang betul belaka. sesiapa yang luar sana yang sedang guna fxcm.
hati hati ja lah aa. kalau boleh mengelak- mengelak lah kamu secepat mungkin. aku betul2x angkat tangan sudah. hari khamis tu (6-7-2011)- adakah
dia telan semua duit saya. memang sa akun saya masi newbie. yang saya ndah boleh terima tu. time saya masuk pasaran (jual usd/jpy), saya kena MC ba. tapi apa yang dasyat berlaku? dia makan hampir semua duit saya. dia kasih tinggal USD 0.09 sahaja. adakah ini pernah berlaku selama tuan tuan memorex kat mana mana broker? ada ka ini patut? setahu saya, kita main satu lot pun ndah juga sampai tinggal begini bah kalau kena margin call. memang sa punya duit sikit ja. tapi yang
menakutkan tu. kalau lah saya invest USD 5,000. tiba2x dia telan semua apabila pasaran ndah menyeblahi kita (masa market volatility). kesian lah betul saya tau. sudah lah orang miskin bertambah
miskin lagi. huhu. macam saya mahu makan sudah orang admin fxcm tu. sa complaint sama diorang sampai saya maki2x lagi
ba. betul2x besar penipuan berlaku kat broker ni. kalau ada yang boleh membantu
kawan2x kat luar sana tu. tolong recommend broker laing lagi ya. sa mahu try broker yang ok drpd fxcm ni. terima kasih.
Dan mungkin member sfx yang guna fxcm boleh kongsi pengalaman dengan saya. ada ka yang saya katakan di sini pernah berlaku juga tempat kamu?








