Tinggal lebih kurang 10 hari lagi tahun 2011 bakal menjelang. Saya pasti sepanjang 2010 ini kita telah banyak belajar dr untung rugi kita dalam forex. Saya pasti bagi yang sudah lebih 1 tahun trading live akaun, pasti sudah siap dengan azam forex 2011.
Bagi saya sendiri, tahun 2011 ini sangat membuatkan saya semangat untuk trading. Ini kalilah mahu mula utk trading dr awal tahun Jan - Dec 2011. So 2011 ini mahu dijadikan tahun utk mengukur setakat mana kematangan dalam trading.
Bagaimana dengan kawan2 semua, apa azam forex kamu 2011 ni? Mungkin ada yg mahu set target income 10 %, 20%, 30% atau lebih tinggi lagi setiap bulan. Apa pun azam kawan2, saya harap kita semua terus meningkat dan akhirnya berjaya dalam bidang forex yg kita minati dan sayangi ini.
So kawan2, mari sama2 kita berkongsi azam forex 2011 di sini. Silakan











