Hi semua, saya baru join SFx. Rupanya banyak maklumat yang boleh kita dapat dalam ruangan forum ini. Mungkin saya boleh bertanya dalam ruangan forum ini untuk mendapat nasihat dan maklumat mengenai forex.
Adakah sesiapa member forum ini yang ada join forex Edgar di Sabah. Di Keningau sekarang ini top cerita pasal Edgar. Saya ada hadir waktu big bos Mr.Andy buat talk di Hotel Juta Keningau baru-baru ini. Penuh dewan, lebih 200 orang yang hadir, kebanyakannya pelabur forex Edgar.
Saya nak join labur, tapi masih kurang maklumat mengenai Edgar ini. Dari seminar itu, diberitahu Syarikat Ersternt Rich (tak tahu betul ka ni ejaan) yang guna platform Edgar untuk trading forex. Mr.Andy yang tolong trading forex ahli-ahli yang ikut. Semua untung dan tidak ada yang pernah rugi.
Adakah sebarang nasihat atau pendapat daripada member-member forum SFx mengenai Edgar ini. Jika ada yang sudah join Edgar ini bolehkah kongsikan pengalaman jika terdapat sebarang masalah untuk buat withdrawal funds ke bank akaun? Berapa lama duit masuk ke akuan bank setelah withdrawal dibuat? Sebab dalam seminar Mr.Andy buat, beliau kata masih ada beberapa pelabur yang masih tunggu duit masuk setelah withdrawal dibuat sejak dari bulan September 2010 pun ada. (Ini yang buat saya risau juga nak join ini).
Saya sudah jera terkena suatu masa dulu ikut forex, dalam akaun usd 4 angka, tapi bila buat withdrawal tunggu sampai tukar tahun pun duit tak masuk dalam akaun bank. Saya hargai sekiranya member-member forum yang sangat berpengalaman dalam industri forex ini dapat memberikan saya nasihat, pendapat atau sebagainya mengenai pertanyaan saya ini. Terima kasih.













