SABAH FOREX FORUM (SFX)

Sabah Forex Forum (SFx) merupakan forum terbuka yang direka khas untuk membantu warga Sabah yang berminat untuk menceburi dunia Forex. Dalam forum ini, tema utama ialah perbincangan,perkongsian & pembelajaran tentang Forex.

Expired 01-11-2012
TOP 100 FOREX SITES

  • Post new topic
  • Reply to topic

Takut Untung Berani Rugi

Share

pipsrider
Elite Poster
Elite Poster

Takut Untung Berani Rugi

Post by pipsrider on 30th December 2008, 12:37

Ini sia petik dari buku Teknik Penjejak Pips yang sia sedang tulis...
Mungkin boleh membuka minda kita semua...

Dalam trading, sebagus mana pun teknik, sistem, indikator atau pun guru anda yang mangajar, tanpa adanya pengurusan psikologi dan money management, anda akan menemui kegagalan akhirnya. Saya sering menemui traders yang mengakui mencuba pelbagai cara tetapi masih gagal. Tak kurang juga yang menyalahkan guru mereka mengatakan guru mereka menipu. Sebenarnya, bukanlah salah indikator, sistem atau guru anda. Ianya sebenarnya berpunca dari diri sendiri.

Apa yang menjadi punca ialah kerana anda tidak memahami kelemahan dan kekuatan sesuatu teknik, sistem atau indikator tersebut. Apa yang sering traders fikirkan ialah bagaimana untuk BUY dan SELL sedangkan sepatutnya analisis dibuat ke atas sesuatu indi atau sistem tersebut. Analisis ke atas indi perlu dibuat, bagaimana indi tersebut akan memberikan satu pattern atau mungkin pergerakan yang membenarkan kita entry BUY atau SELL dan apakah tanda bahawa false signal berlaku.

Sering juga saya temui traders yang 'takut untung, berani rugi'. Hebat. Benar, ini sering berlaku kepada semua. Bila sahaja mereka untung sedikit, mereka akan close trade. Dapatlah $2-$3. Tetapi peliknya apabila floating, mereka sanggup bertahan sehingga kena MC. Tidakkah sesuatu yang lebih baik jika floating dalam +ve daripada floating -ve?

Semuanya sebenarnya lahir dari serangan psikologi. Ketakutan dan kerisauan menghantui fikiran. Belum lagi ketamakan dan juga serakah yang menguasai minda. Psikologi sebenarnya amat penting untuk anda kawal. Ingat, tiada satu pasaran pun yang bergerak lurus. Dalam keadaan naik atau turun, ia bergerak secara zigzag. Bergantung kepada votaliti atau bagaimana choppynya sesuatu pasaran, zigzag boleh berganda saiznya. Ini harus anda fahami, kerana di sini lah selalunya traders sanggup atau takut untung, berani rugi. Psikologi sebenarnya memainkan peranan di sini. Samada anda mampu bertahan atau tidak, bergantung kepada ketahanan psikologi anda. Jadi seringkali kerugian bukannya disebabkan oleh indi atau sistem, tetapi diri sendiri.

Satu perkara yang saya sering fikirkan ialah, mengapa ini berlaku? Jawaban mudahnya ialah anda tidak mengetahui trend pasaran. Jika tahu trend sekalipun, malangnya anda tidak tahu jarak pasaran. Ini merumuskan bahawa serangan psikologi atau mungkin kegagalan adalah akibat tidak mengetahui apa yang saya panggil 'TRENDEE' ;
1. Tidak mengetahui arah pasaran (TRENd)
2. Tidak mengetahui jarak pasaran (Distance)
3. Tidak tahu di mana untuk masuk (Entry)
4. Tidak tahu di mana untuk keluar (Exit)

Jika TRENDEE diketahui, saya percaya ramai yang akan berjaya. Mengetahui trend membolehkan anda membuka post pada arah buy atau sell yang betul. Seringkali pula traders membuka post di hujung trend. Ini disebabkan tidak mengetahui jarak atau distance pasaran, meskipun mengetahui arah pasaran. Jika kedua-dua di atas diketahui, maka tiada masalah untuk entry dan exit.

Maka itu, ia juga boleh mengelakkan serangan psikologi, kegagalan, mahupun sikap 'takut untung berani rugi'.

Jika anda ingin kejayaan, kawal psikologi anda. Carilah indi atau sistem yang mampu menujukkan arah dan jarak. Tanpa salah satu, arah atau jarak, psikologi akan memainkan peranan dan ini adalah sesuatu yang sepatutnya anda hindari...

forex4money
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by forex4money on 30th December 2008, 17:54

betul apa yang tuan tulis,

pertama dalam fx ni tentulah kawalan psikologi. dapat kawal kesabaran, disiplin, sikap tamak, cara trade, tentunya akan dapat menjanjikan kejayaan dalam forex. itulah indikator terbaik, sayangnya macam kita ni sering terlepas pandang, apabila guna indi yang terbaik dan modal yang besar kita beranggapan sudah mencapai status akan segera berjaya. mungkin di awal-awal akan berjaya namun kesudahannya gagal...

paraivagas
Board Veteran
Board Veteran

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by paraivagas on 30th December 2008, 18:23

Hi Pipsrider,

Pertama sekali sy ucapkan selamat datang di FSF ini. Sy juga berterima kasih dgn post pipsrider yg sgt bagus ini. Harapan sy agar semua rakan2 fsf di sini terus bertambah maju dlm fx trading.

Sy sgt berharap agar Pipsrider terus berkongsi idea dan pengalaman di fsf ini. Utk rakan2 fsf semua, ambil la peluang ini untuk bertanyakan soalan atau apa pun pertanyaan kpd pipsrider. Sy percaya pipsrider sudi membantu kita semua org sabahan ni. Hihi Very Happy

Apa2 pun, sy doakan agar semua rakan2 fsf terus maju di thn 2009 yg bakal menjelang ni.

Salam pips semua dr Paraivagas.


-------------------------------------------------------------------------------
Peraturan Sabah Forex
Iklan Sabah Forex
Analisis & Signal Forex Shalon Paraivagas

pipsrider
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by pipsrider on 31st December 2008, 17:37

Terimakasih Paraivagas & forex4money...

Betulpsikologi memainkan peranan penting...sia akan tulis lagi lagi apa-apa yang bagus untuk kita kongsi bersama.

Kalau ada apa-apa pertanya boleh tanya...ndak ada masalah tu...kalo sia buleh jawab sia jawab...kalo ndak buleh, sama-sama kita cari jawabannya.

Utk langkawit, bila ko cakap ko ada masa mentor tu, sia tercari2 siapa bah ko ini...rupa2nya ko aramitii pula...astaga...aku ingat siapa ko...

Ko punya membership dalam sia punya forum sudah sia upgrade...jadi nanti ko dapat maklumat dari komuniti Penjejak Pips...


Juga sia akan masukkan link FSF ni dalam sia punya web atau forum...bagus ada ni grup traders Sabahan...

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by nokurogia on 31st December 2008, 19:28

pisikologi & money management ialah hal paling penting sebagai
seorang trader. Tapi sini saya rasa ada beberapa point perlu kena
selidik lagi mendalam (untuk elak kekeliran maklumat).

contoh dia;
"money management meningkat" ---> "positif pisikologi meningat"
(ini premis benar)

"money management tidak diasa" ---> "positif pisikologi meningkat"
(ini premis yang salah)

kalau just positif pisikologi sahaja yang meningkat tapi skill money
management tidak ditingkatkan, saya risau trader jenis ni akan hidup
dalam kekeliruan, dihentam oleh banyak persoalan kenapa, kenapa dan
kenapa.. "kenapa saya berfikiran positif tapi keputusan teruk?".
Perangkap ni kita perlu elak.

Ketakutan ada sebab rasional kenapa ia wujud, kita perlu hormat sebab ia wujud.
"Tiada skill" ialah sebab paling rasional kenapa kita perlu takut. Jadi
untuk menjadi trader sebenar, kita kena asa skill untuk pastikan
pisikologi kita meningkat pada keadaan yang betul.

satu contoh lagi mudah...
Dalam satu perlawanan memandu kereta
seorang pemandu 18tahun memandu 200kmj
seorang pemandu F1 memandu 200kmj

pemandu 18tahun ada sebab untuk takut dan tekan break turun ke 60kmj
dan biarkan dirinya kalah. Pemandu F1 ada sebab positif kenapa ia tidak
perlu takut dan teruskan dengan kelajuan 200kmj dan memenangi
perlawanan.
Semuanya sebab, jika skill bertambah risiko berkurang walaupun berada pada keadaan dan tempat yang sama.

======
Cabaran pertama kita sebagai trader professional (bakal), ialah kasi
kuat pisikologi kita untuk belajar money managment. Skill money
managment yang tinggi ialah sebab sebenar untuk kita tidak takut dalam
market.

cdfxsystem
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by cdfxsystem on 1st January 2009, 08:40

Teknik berkesan buat untung

Assalamualaikum dan salam semua trader

Saya cuba memperkenalkan satu kaedah bagaimana untuk melipatgandakan keuntungan trader semua

boleh tengok kat blog ini

http://cdfxsystem.hereweb.com/ lol!

pipsrider
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by pipsrider on 2nd January 2009, 11:48

cdfxsystem wrote:Teknik berkesan buat untung

Assalamualaikum dan salam semua trader

Saya cuba memperkenalkan satu kaedah bagaimana untuk melipatgandakan keuntungan trader semua

boleh tengok kat blog ini

http://cdfxsystem.hereweb.com/ lol!


Duina tuan...ko ni tersilap thread ni...kami bincang money management dengan psikologi sini...kamu pula kasi promote indikator... lol!

Sana bawah ada tu iklan boleh juga kamu kasi masuk sana...

Apa yang Nokurogia cakap memang betul...skill tu penting. Bila tiada skill, kita tida akan tau arah pasaran..tu yang jadi masalah...macam itu contoh, kalau itu pemandu F1 sudah ada skill, dia akan tau apa yang dia buat, apa risiko dan sebagainy berbanding itu budak baru mo drive...good example!

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by nokurogia on 2nd January 2009, 15:59

overleverage ialah kesilapan newbie...
tapi Soros ialah orang paling suka overleverage?..
Newbie kah Soros ni?..

Ini satu lagi contoh hubungan risiko-pisikologi-skill, berubah mengikut siapa orang tersebut..

Ini buku saya baru baca.. rekomen.. kedai mph ada tu jual..
http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=988977691X

Ini contoh ringkas dalam buku tu..
http://www.onlinetradingcfd.com/PDF/The%2023%20Winning%20Investment%20Habits.pdf

Sanyota
Happy Camper
Happy Camper

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by Sanyota on 1st February 2009, 10:55

macam mana mahu tanam berani untung dan takut rugi. ada shortkah

TQ

fradze
Happy Camper
Happy Camper

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by fradze on 1st February 2009, 11:54

Sanyota wrote:macam mana mahu tanam berani untung dan takut rugi. ada shortkah

TQ


ada bro... kalau trade jangan lupa letak SL(stop lost)

kalau trade TP(take profit) > SL(stop lost)
cth: TP = 100 SL=50

lepas tu kalau masuk trade biar ngam timing dia...
kadang2 kita buat silap.. lambat buat buy dan sell...
kalau ketinggalan bas, nda payah dikejar.. tunggu bas lain.. hehe

bagitu la org2 kampung cakap... sya cuma menyampaikan ja... Very Happy

Sanyota
Happy Camper
Happy Camper

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by Sanyota on 1st February 2009, 14:29

tq bro. atas nasihat dan tunjuk ajar

fonsus
Valued Contributor
Valued Contributor

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by fonsus on 2nd February 2009, 12:59

selamat sejahtera dan salam perkenalan...

saya adalah seorang trader yang baru... sy baru saja belajar bagaimana melakukan trader.. tp malangnya.. selama 2 bulan sy belajar sy asyik menemui kegagalan utk untung... selalaunya rugi.... hihihi... sakit hati jg la...

hehehe... mungkin di sini sy tau ramai trader yang berpengalaman.. so jangan la malu dan segan utk mengajar seorang ahli yang baru ni... minta tips sikit2 utk belajar buli kan.. email saya di...... alphonsus_83@yahoo.com..

tq

Sanyota
Happy Camper
Happy Camper

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by Sanyota on 2nd February 2009, 13:28

ada sesiapa di sini yang dapat ramal bila mo buy dan bila mo sell

kongsi bersama la

TQ

nokurogia
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by nokurogia on 2nd February 2009, 15:28

hi Sanyota... si Soros (top elite trader) pun tak tau nak ramal tu.. dia kedapatan tak tau meramal time Octover 1987... dia cakap value stock market mau up.. skali tinguk down mendadak...

so dia mengaku.. kalo dia belajar meramal market sebagai skill trading dia, dia bole bengkrap dalam masa 1 tahun..

Kita perlu min 40% success rate pigi 60% success rate trading jak tuk success.. cuba buat Binomial tree (siri keputusan win/lost) dan pasang Win=3% lost = -1% (atau ratio 3:1)... then lepas tu kira berapa trading success minimum untuk dapat keputusan +ve bagi setiap 100 trading.. jawapannya minimum 26 kali sahaja... kalo capai 40kali success trading.. that mean duit banyak suda..

bagus kan market... :p... the problem is..

"belief prediction is the key for success in trading" <-- biggest sin dalam trading ni...


lebih kurang begini muka binomial tree.. sebab trading ni ada win and success sahaja .. so binomial tree bole dipakai tuk analisis..
http://joemath.com/binomial/tree.jpg

deviantfx
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by deviantfx on 19th May 2009, 18:28

artikel yang menarik.....nanti kalau ada masa..sia akan copy jadi e-book..lepas tu pigi jual Twisted Evil

MetalPips
The Quiet Type
The Quiet Type

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by MetalPips on 20th May 2009, 14:22

hmm...ok jga.. Evil or Very Mad

deviantfx
Elite Poster
Elite Poster

Re: Takut Untung Berani Rugi

Post by deviantfx on 20th May 2009, 17:15

ok baini...cuma sia kadang kadang berani untung berani rugi..last last rugi...
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is 24th May 2012, 05:00