1. Penyertaan terbuka kepada semua Akaun Mini IKOFX yang register dari 1 Julai 2009 hingga 31 Oktober 2009 sahaja.
a. Akaun mini yang register sebelum tarikh itu tetapi tidah pernah
deposit boleh menyertai pertandingan.(dengan syarat memberitahu kepada
kami melalui email support[@]ikofxmalay.com)
2. Setiap Akaun Mini hendaklah didaftar dengan lengkap dan mengikut
segala peraturan dan syarat pendaftaran dan juga perlu diverifikasi.
a. TIADA nilai deposit permulaan.
b. Minimum DEPOSIT TERKUMPUL ialah USD500(*1. bagi peringkat bulanan)
dan USD1000(*2. bagi peringkat akhir) dalam jangkamasa pertandingan.
c. Hanya menggunakan fund LOCAL DEPOSIT sahaja.
d. Penyertaan akaun tersebut terbatal sekiranya deposit selain dari LOCAL DEPOSIT.
e. Pengeluaran Fund secara LOCAL WITHDRAWAL dalam masa pertandingan adalah dibolehkan.
3. Pertandingan akan dibahagi kepada 2 peringkat iaitu PERINGKAT BULANAN(*3) dan PERINGKAT AKHIR(*4).
4. PERINGKAT BULANAN.
a. TOP 5 traders akan diumumkan sebagai pemenang bulanan sepanjang tempoh pertandingan.
b. Setiap ID hanya layak memenangi hanya satu hadiah sahaja bagi peringkat bulanan sepanjang tempoh pertandingan.
5. PERINGKAT AKHIR.
a. TOP 10 traders akan diumumkan sebagai pemenang bulanan sepanjang tempoh pertandingan.
b. Setiap ID hanya layak memenangi hanya satu hadiah sahaja bagi peringkat akhir.
c. Setiap ID yang pernah memenangi hadiah peringkat bulanan dibolehkan memenangi hadiah peringkat akhir.
6. Peraturan Pertandingan adalah seperti berikut:-
a. Ekuiti sahaja akan diambil kira(bukan Balance). Untuk Peringkat
Bulanan, Post Trade sehingga hari terakhir pada jam 00:00 di jam
platform akan diambil kira. Manakala untuk Peringkat Akhir, Post Trade
sehingga hari terakhir pada jam 00:00 di jam platform akan diambil kira.
b. Tiada transaksi Stop Out (S.O) sepanjang tempoh penyertaan.
c. Hanya POST TRADE PROFIT tolak ( - ) POST TRADE LOSS di ambil kira.
d. Total GAIN PROFIT(+ve) tolak ( - ) Total GAIN LOSS (-ve).
e. Pemenang akan dikira melalui formula Peratusan GAIN:-
(Ekuiti – Total Deposit)/Total Deposit x 100% = Peratusan tertinggi adalah pemenang.
f. Term and Condition Bonus masih diterima pakai sepanjang pertandingan.
7. Peserta yang membuka akaun selepas 1 Julai 2009 secara automatik
layak menyertai pertandingan dan dibolehkan untuk membuka sebanyak mana
akaun tetapi hanya layak untuk satu hadiah sahaja untuk setiap Fasa
dalam sepanjang tempoh pertandingan.
8. Akaun yang telah sedia ada sebelum 1 Julai 2009 boleh menyertai
pertandingan dengan syarat akaun itu tidak pernah di depositkan.
Deposit hanya dibenarkan selepas 1 Julai 2009 untuk menyertai
pertandingan.
9. Staff dan Komiti Grand Annual Dinner tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
10. Para pemenang akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan IKOFXMalay
melalui telefon atau email dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup
pertandingan ini.
11. Hadiah tidak boleh ditukar ganti kepada RM. Pihak IKOFXMalay berhak
menukar hadiah-hadiah yang diiklankan kepada hadiah lain yang sama
nilainya tanpa memberi notis terlebih dahulu.
12. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada malam Grand Annual Dinner yang tarikhnya akan diumumkan kelak.
13. Pemenang diwajibkan hadir untuk majlis penyampaian hadiah. Pemenang yang tidak hadir tidak layak menuntut hadiah.
14. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.
15. IKOFXMalay berhak menyiar atau mempamerkan penyata trading dan fotograf para pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.
16. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi
Syarat-syarat & Peraturan rasmi dan keputusan yang dibuat penganjur.
*1. Minimum deposit tekumpul USD500 adalah syarat untuk penyertaan TOP 5 PERINGKAT BULANAN.
*2. Minimum deposit terkumpul USD1000 adalah syarat untuk peryertaan TOP 10 PERINGKAT AKHIR.
*3. PERINGKAT BULANAN = 1 Julai - 31 Julai, 1 Ogos - 31 Ogos, 1 September - 30 September, 1 Oktober - 31 Oktober.
*4. PERINGKAT AKHIR = 1 Julai - 31 Oktober.





















